Pages

Wednesday, 12 November 2014

7 Tips Untuk Mudah Hamil. Mesti Baca Jika Anda Berikhtiar Mendapatkan Zuriat!!!



Assalamualaikum. Entry kali ni saya hendak membantu pasangan yang sedang berikhtiar/mencuba untuk hamil. Agak panjang sket entry ni tapi bagi saya penting untuk anda dapat info ini. Moga ia membantu anda semua =)


7 Tips Mudah Hamil

1) Jumpa Doktor
Bagi mereka yang sudah bertahun mencuba untuk dapatkan anak tetapi masih belum berhasil, anda dinasihatkan untuk melakukan pemeriksaan doktor untuk mengenalpasti masalah kesuburan. Pemeriksaan ini harus dijalankan oleh kedua-dua pasangan. Setelah punca diketahui, rawatan lanjut boleh dilakukan atas nasihat serta pandangan doktor.

2) Ketahui Masa Subur Isteri.
Bilakah waktu subur seorang isteri? Bagi isteri yang mempunyai kitaran haid yang tetap, waktu suburnya lebih mudah dikira. Kitaran haid yang normal adalah 28 hari. Jika haid isteri anda normal, waktu suburnya ialah antara hari ke 10 dan ke 15 dari hari pertama isteri datang haid.

Tips : Jika kitaran haid isteri tidak teratur, pengambilan GLA Complex InsyaAllah membantu mengembalikan kitaran haid menjadi normal.

3) Amalkan Pemakanan Yang Seimbang.
Diet yang seimbang mempengaruhi kesuburan isteri. Kurangkan minuman bercafein jika anda sedang cuba untuk hamil. Makan makanan yang berzat, buah-buahan serta sayur-sayuran.

Tips: Menurut kajian, pengambilan multivitamin setiap hari mampu meningkatkan kualiti sel telur. Hasil kajian turut mendapati wanita mengambil multivitamin mempunyai 40 peratus peluang yang lebih besar berbanding wanita yang tidak mengambil multivitamin hanya memiliki 19 peratus peluang untuk hamil.

4) Tangani Stress Dengan Baik.
Stress merupakan salah satu faktor kegagalan isteri untuk hamil. Apabila minda tidak lagi dapat menanggung tekanan, ia akan menggangu hormon yang terlibat dalam proses ovulasi. Jika ovulasi tidak berlaku, maka ovum juga tiada. Ketiadaan ovum/telur bermaksud peluang isteri untuk hamil adalah rendah. Selain itu, stress juga akan menyebabkan kitaran haid terganggu sekaligus memberi kesan terhadap proses ovulasi.

Tips: Pengambilan B-Complex Shaklee InsyaAllah membantu menangani stress. Ini adalah kerana b complex membantu menghasilkan hormon serotin (hormon anti stress/hormon ceria). Jadi, mereka yang mudah tertekan dan sukar mengawal tekanan sangat disarankan mengamalkan b complex setiap hari. Antara kelebihan lain b complex ialah ia mengandungi asid folik dan kesemua 8 jenis vitamin B termasuk Biotin dan Folate (Biotin dan folate adalah dua nutrient yang mahal. Oleh kerana itu, tidak semua B Complex di pasaran mengandungi dua nutrient ini)

Asid folik didapati dapat membantu merawat masalah kesuburan lelaki dan wanita. Ada sesetengah wanita mengalami keguguran di awal kehamilan yang berpunca dari kecacatan kromosom pada sperma lelaki. Kesan kecacatan itu, janin yang dihasilkan tidak dapat hidup lama. Oleh itu, para suami juga disarankan untuk mengambil asid folik antara 700 – 1000 mcg sehari.

Folate merupakan supplement penting bagi wanita untuk membantu mematangkan telur ovum, membentuk placenta dan ketika janin ‘ditanam’ ke dalam rahim.  Bagi pasangan yang sukar mendapatkan zuriat, pengambilan supplemen  asid folik merupakan salah satu usaha yang baik bagi membantu merawat masalah kesuburan.

5) Dapatkan Berat Badan Yang ideal.
Baik suami mahu pun isteri, berat badan yang ideal turut mempengaruhi kesuburan anda berdua. Isteri yang mempunyai masalah berat badan akan mengakibatkan sel-sel lemak terlalu banyak dan menyebabkan pengeluaran hormon estrogen yang berlebihan. Manakala suami yang terlebih berat badan akan menghadapi masalah sperma bergerak lambat dan jumlah sperma mungkin menurun kerana testis menjadi terlalu hangat.

6) Pengambilan Supplement Untuk Masalah Kesuburan
Menurut Dr. Hamid Arshat, Pakar Bidan Sakit Puan : “Nasihat untuk mereka yang berusaha untuk dapatkan zuriat, selepas buat ujian2 kesuburan untuk kedua suami isteri dan selepas buat pembedahan untuk buang cyst/fibroid atau lain2, tumpukan masa untuk berdoa, berusaha kuruskan berat badan dengan dieting, buat exercise 30 minit setiap hari, makan supplemen2 multivitamin, vit E, C, folic, tenangkan jiwa dan emosi. Jangan tergesa2 nak buat ini dan itu. Setiap rawatan perlu 3 hingga 6 bulan untuk melihat keberkesanan.”

7) Berdoa.
Akhir sekali sandarkan segala keyakinan dan harapan sepenuhnya kepada Allah setelah melakukan pelbagai usaha dan ikhtiar. Banyakkan berdoa dan bertawakal.  Mohon Allah izinkan isteri hamil melalui usaha yang telah dilakukan. Antara waktu doa dimakbulkan adalah ketika hujan serta ditengah malam (qiamullail). Berdoa bersungguh-sungguh agar Allah bukakan jalan dan isteri cepat hamil.

P/s: Tips ini adalah usaha untuk berikhtiar mendapatkan zuriat. Mohonlah pada Allah agar Allah mengizinkan ikhtiar ini berhasil. Panduan dan supplemen bukanlah tunjang utama. Moga anda yang sedang berikhtiar beroleh zuriat.

Jika anda mahu cuba hamil dengan membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh, jom dapatkan set kesuburan Shaklee. Antara kandungan set kesuburan Shaklee adalah Multivitamin (Vitalea), B complex,  Zinc, Vitamin E, GLA Complex, Alfafa dan ESP.




    * This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent diseases.




2 Cara untuk dapatkan produk :



1 ) Anda order DIRECT MELALUI E-SELL Shaklee.

Untuk order klik sini :



ATAU

2)  Hubungi saya  :

Farhana
Call/Sms/WhatsApp 013 3943209 
Shaklee Independent Distributor (877478)
Fb personal Farhana Md Shah