Pages

Thursday, 1 December 2016

BUKU INSPIRASI UNTUK BISNES



KECIL KECIL CILI PADI

Walaupun buku mini, impaknya bukan mini pada Ana. Kedua ini sangat memberi kesan pada Ana dan biz. 

Jika dulu kita disekularkan dengan " Usaha mesti 200%", "segalanya berlaku atas usaha kita sendiri" tapi kini pandangan tu dah berubah sedikit.

Yes. Nak buat apa kita masih perlu berusaha tapi kita kena ingat selagi Allah tak izinkan, ia tak kan berlaku 😊 Semua orang tahu fakta ni tapi ia hanya sekadar meniti di bibir, tidak meresap ke dalam hati. 

Buktinya bila customer back out, tipu, cancel order last minit, cerewet tahap gaban tapi tak beli, kita mudah lelah dan down. Betul kan? Alaa tak yah tipu. Ngaku je. Ana pun gitu dulu. Now boleh chill je bila customer cancel order. Sebab apa? Sebab Ana nak jaga kolam jiwa Ana. 

Rezeki sukar nak datang bila kolam jiwa kita kotor. Kotor dengan prasangka buruk, suka marah-marah, tak nak maafkan orang, suka cari kesilapan orang. Semua ni boleh menyempitkan rezeki.

Dan dua buku ini juga mengajar Ana untuk dahulu kan Allah dalam segala serbi. Monolog dengan Allah. Paling syok depa suruh mintak UNLIMITED! Jangan mintak kecik-kecik. Kita tengah mintak dengan yang MAHA ESA kot! DIA yang cipta segalanya. Petik jari, anytime DIA boleh bagi jika DIA mahu dan jika kita YAKIN.

YAKIN? 

Ye. Ramai orang berdoa tapi TAK YAKIN BOLEH DAPAT. Sebab tu tak pernah dapat 😊 Jadi penulis-penulis ni banyak ajar Ana agar jangan diskaun target dan impian Ana. 

👉 Ubah cara doa, bukan target.
👉 Banyakkan "menjemput rezeki"
👉 Usaha juga perlu seiring.

Beza di sini, dahulukan Allah, baru usaha sebaiknya. 

Alhamdulillah. Tak rugi berkenalan dengan buku-buku ni. Very worth to read 😉

P/s : Bulan ni ada promo Alfafa tau. Yang tengah ikhtiar untuk hamil wajib grab! 😊

#tsunamishaklee 
#landmarkstudy
#shakleeeffect
#liveamazing
#2wave