Pages

Wednesday, 12 November 2014

7 Tips Untuk Mudah Hamil. Mesti Baca Jika Anda Berikhtiar Mendapatkan Zuriat!!!



Assalamualaikum. Entry kali ni saya hendak membantu pasangan yang sedang berikhtiar/mencuba untuk hamil. Agak panjang sket entry ni tapi bagi saya penting untuk anda dapat info ini. Moga ia membantu anda semua =)


7 Tips Mudah Hamil

1) Jumpa Doktor
Bagi mereka yang sudah bertahun mencuba untuk dapatkan anak tetapi masih belum berhasil, anda dinasihatkan untuk melakukan pemeriksaan doktor untuk mengenalpasti masalah kesuburan. Pemeriksaan ini harus dijalankan oleh kedua-dua pasangan. Setelah punca diketahui, rawatan lanjut boleh dilakukan atas nasihat serta pandangan doktor.

2) Ketahui Masa Subur Isteri.
Bilakah waktu subur seorang isteri? Bagi isteri yang mempunyai kitaran haid yang tetap, waktu suburnya lebih mudah dikira. Kitaran haid yang normal adalah 28 hari. Jika haid isteri anda normal, waktu suburnya ialah antara hari ke 10 dan ke 15 dari hari pertama isteri datang haid.

Tips : Jika kitaran haid isteri tidak teratur, pengambilan GLA Complex InsyaAllah membantu mengembalikan kitaran haid menjadi normal.

3) Amalkan Pemakanan Yang Seimbang.
Diet yang seimbang mempengaruhi kesuburan isteri. Kurangkan minuman bercafein jika anda sedang cuba untuk hamil. Makan makanan yang berzat, buah-buahan serta sayur-sayuran.

Tips: Menurut kajian, pengambilan multivitamin setiap hari mampu meningkatkan kualiti sel telur. Hasil kajian turut mendapati wanita mengambil multivitamin mempunyai 40 peratus peluang yang lebih besar berbanding wanita yang tidak mengambil multivitamin hanya memiliki 19 peratus peluang untuk hamil.

4) Tangani Stress Dengan Baik.
Stress merupakan salah satu faktor kegagalan isteri untuk hamil. Apabila minda tidak lagi dapat menanggung tekanan, ia akan menggangu hormon yang terlibat dalam proses ovulasi. Jika ovulasi tidak berlaku, maka ovum juga tiada. Ketiadaan ovum/telur bermaksud peluang isteri untuk hamil adalah rendah. Selain itu, stress juga akan menyebabkan kitaran haid terganggu sekaligus memberi kesan terhadap proses ovulasi.

Tips: Pengambilan B-Complex Shaklee InsyaAllah membantu menangani stress. Ini adalah kerana b complex membantu menghasilkan hormon serotin (hormon anti stress/hormon ceria). Jadi, mereka yang mudah tertekan dan sukar mengawal tekanan sangat disarankan mengamalkan b complex setiap hari. Antara kelebihan lain b complex ialah ia mengandungi asid folik dan kesemua 8 jenis vitamin B termasuk Biotin dan Folate (Biotin dan folate adalah dua nutrient yang mahal. Oleh kerana itu, tidak semua B Complex di pasaran mengandungi dua nutrient ini)

Asid folik didapati dapat membantu merawat masalah kesuburan lelaki dan wanita. Ada sesetengah wanita mengalami keguguran di awal kehamilan yang berpunca dari kecacatan kromosom pada sperma lelaki. Kesan kecacatan itu, janin yang dihasilkan tidak dapat hidup lama. Oleh itu, para suami juga disarankan untuk mengambil asid folik antara 700 – 1000 mcg sehari.

Folate merupakan supplement penting bagi wanita untuk membantu mematangkan telur ovum, membentuk placenta dan ketika janin ‘ditanam’ ke dalam rahim.  Bagi pasangan yang sukar mendapatkan zuriat, pengambilan supplemen  asid folik merupakan salah satu usaha yang baik bagi membantu merawat masalah kesuburan.

5) Dapatkan Berat Badan Yang ideal.
Baik suami mahu pun isteri, berat badan yang ideal turut mempengaruhi kesuburan anda berdua. Isteri yang mempunyai masalah berat badan akan mengakibatkan sel-sel lemak terlalu banyak dan menyebabkan pengeluaran hormon estrogen yang berlebihan. Manakala suami yang terlebih berat badan akan menghadapi masalah sperma bergerak lambat dan jumlah sperma mungkin menurun kerana testis menjadi terlalu hangat.

6) Pengambilan Supplement Untuk Masalah Kesuburan
Menurut Dr. Hamid Arshat, Pakar Bidan Sakit Puan : “Nasihat untuk mereka yang berusaha untuk dapatkan zuriat, selepas buat ujian2 kesuburan untuk kedua suami isteri dan selepas buat pembedahan untuk buang cyst/fibroid atau lain2, tumpukan masa untuk berdoa, berusaha kuruskan berat badan dengan dieting, buat exercise 30 minit setiap hari, makan supplemen2 multivitamin, vit E, C, folic, tenangkan jiwa dan emosi. Jangan tergesa2 nak buat ini dan itu. Setiap rawatan perlu 3 hingga 6 bulan untuk melihat keberkesanan.”

7) Berdoa.
Akhir sekali sandarkan segala keyakinan dan harapan sepenuhnya kepada Allah setelah melakukan pelbagai usaha dan ikhtiar. Banyakkan berdoa dan bertawakal.  Mohon Allah izinkan isteri hamil melalui usaha yang telah dilakukan. Antara waktu doa dimakbulkan adalah ketika hujan serta ditengah malam (qiamullail). Berdoa bersungguh-sungguh agar Allah bukakan jalan dan isteri cepat hamil.

P/s: Tips ini adalah usaha untuk berikhtiar mendapatkan zuriat. Mohonlah pada Allah agar Allah mengizinkan ikhtiar ini berhasil. Panduan dan supplemen bukanlah tunjang utama. Moga anda yang sedang berikhtiar beroleh zuriat.

Jika anda mahu cuba hamil dengan membekalkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh, jom dapatkan set kesuburan Shaklee. Antara kandungan set kesuburan Shaklee adalah Multivitamin (Vitalea), B complex,  Zinc, Vitamin E, GLA Complex, Alfafa dan ESP.




    * This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent diseases.




2 Cara untuk dapatkan produk :



1 ) Anda order DIRECT MELALUI E-SELL Shaklee.

Untuk order klik sini :



ATAU

2)  Hubungi saya  :

Farhana
Call/Sms/WhatsApp 013 3943209 
Shaklee Independent Distributor (877478)
Fb personal Farhana Md Shah







         

Sunday, 19 October 2014

Vitalea Shaklee

INFO PRODUK VITALEA.

Vitalea adalah multivitamin dan multimineral yang pertama dicipta di dunia. Pada asalnya ia dikenali sebagai "Vitalize-Mineral" dan kemudiannya ia disingkatkan kepada "Vita-min". Sejajar dengan peningkatan teknologi, Shaklee telah mengubah bentuknya daripada cecair ( 90 tahun dahulu ) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea.

Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diestrak daripada sayuran dan buah-buahan, 12 mineral dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.

Tablet Vita-Lea ini disaluti dengan serbuk nutrisi iaitu spirulina. Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai "Explo-tab". Ia merupakan multivitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.


Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. Vitalea telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.




Pengambilan harian Vitalea boleh :

  • meningkatkan kesihatan secara menyeluruh
  • menyokong jangka hayat hati, usus dan mata
  • meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi
  • memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas

Perbezaan Shaklee
  • disokong oleh 7 kajian klinikal
  • teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting untuk membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru
  • Vitalea menjalani lebih daripada 340 ujian kawalan mutu untuk memastikan ketulenan dan potensi produk


                      * This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent diseases.





2 Cara untuk dapatkan produk :



1 ) Anda order DIRECT MELALUI E-SELL Shaklee.

Untuk order klik sini :



ATAU

2)  Hubungi saya  :

Farhana
Call/Sms/WhatsApp 013 3943209 
Shaklee Independent Distributor (877478)
Fb personal Farhana Md Shah
Fb page Online Vita Shop






Friday, 17 October 2014

APA ITU PROTIEN? KEPENTINGAN DAN RISIKO KEKURANGANNYA.


APA ITU PROTEIN. ADAKAH KITA MEMERLUKAN IA SETIAP HARI?

          Apakah yang dimaksudkan dengan protein? Saya yakin ramai yang akan jawab begini; protein ni kita boleh dapat daripada ikan, susu, daging,telur. Ya, jawapan anda betul tapi kurang tepat hehe. Untuk pengetahuan anda, protein ini berasal dari bahasa Yunani iaitu proteios yang bererti pertama atau utama. Untuk tumbesaran yang sihat, badan kita memerlukan protein kerana protein adalah makanan sel. Secara asasnya, struktur badan manusia adalah sel. Daripada sel, ia membentuk menjadi tisu dan kemudiannya ia membentuk organ. Daripada organ pula sistem terbentuk. Justeru, adalah penting sel mendapat protein yang berkualiti agar sel yang sihat dapat terbentuk dengan mudah, sekaligus menggantikan sel-sel lama. Melalui protein juga lah hormon , enzim, antibodi dan neurotransmitter dihasilkan.

         Kenapa saya beria-ria nak jelaskan apa itu protein? Menurut Kevin Zahri (seorang guru fitness yang terkenal) adalah penting untuk kita memahami “apa itu protein” supaya kita dapat memastikan protein yang kita ambil adalah benar-benar berkualiti.

        Asid Amino. Adakah anda pernah dengar? Apa kaitan asid amino dengan protein? Asid amino adalah kompenen-kompenen kecil yang membina struktur protein. Setiap protein adalah berbeza dan terdiri daripada komposisi asid amino yang berbeza. Kebanyakan protein yang berkualiti mengandungi kesemua (atau hampir semua) asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia. Kelompok asid amino ini dikenali sebagai Essential Amino Acids (EAA).  Ia hanya boleh diperoleh sepenuhnya menerusi diet dan tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia. Bukan itu sahaja, EAA ini sangat special dalam erti kata lain sangat “high quality”. Benda yang “high quality” ini anda tentu faham. Ia bermakna tidak mudah diperoleh sewenang-wenangnya dalam makanan yang “low quality”. Hanya sumber tertentu sahaja mengandungi kesemua / hampir semua komposisi EAA di dalamnya seperti:

1.       Susu
2.   Telur
3.    Produk yang berasaskan kacang soya (tempeh,tauhu,tofu)
4.    Whey protein

Sumber protein ESP.


Jadi, apa kesannya jika anda kekurangan protein? Risiko yang anda boleh peroleh adalah :

Kidney disease (penyakit buah pinggang)
 Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
 High cholesterol (kolestrol tinggi)
 Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
 Low blood pressure (tekanan darah rendah)
 Peptic ulcer (ulser perut + usus)
 Nerve instability (fungsi saraf tak stabil)
 Liver (penyakit hati)
 Weakness (lemah)
  Fatigue (letih lesu)
  Poor vision (penglihatan kurang baik)
  Irritability (badan menggeletar)
  Poor wound healing (luka lambat sembuh)
  Poor blood circulation (pengaliran darah yang tidak lancer)
  Lack of resistance to infection (ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)
  Prolonged period of time mental retardation (terencat akal)
  Water retention (tinggi kandungan air dalam tisu badan)

Nampak tak apa yang akan terjadi jika tubuh kita kekurangan protein?

Jom dapatkan protein ESP.
retail rm150 / tahan hampir dua bulan.
max 3sudu sehari /2bulan = 180 bancuh (satu sudu utk setiap bancuhan)
ESP = CANTIK, RAMPING, SIHAT

BULAN OKTOBER INI PROMO ESP BUY 6 FREE 1 !
Jangan lepaskan peluang untuk beli ESP pada harga jimat. 
Hubungi saya untuk dapatkan ESP anda harini.

  * This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent diseases.





Untuk order klik sini :


Anda akan order DIRECT MELALUI E-SELL Shaklee.


Untuk bantuan/info lanjut hubungi saya;

Farhana
013 3943209
Shaklee Independent Distributor (877478)
Fb personal Farhana Md Shah

Wednesday, 1 October 2014

PROMO ESP DAN MEAL SHAKE OKTOBER 2014

Assalamualaikum....Promo ESP kembali lagi yeayyy... Bagi penggemar ESP jangan lepaskan peluang untuk beli set promo ni tau. Beli 6 FREE 1 !!! Yang belum jadi ahli boleh dapat FREE MEMBERSHIP lagi kalau beli set promo ESP ni... Apa lagi...kalau dah jatuh cinta baik dengan ESP baik grab terus set promo kan? Pakat share beli dengan keluarga dan kawan-kawan okay? Jimat sangat-sangattt!!




Bagi anda yang first time dengar, tak tahu apa itu kelebihan ESP, meh jemput tengok sini... Ada 1001 kebaikan ESP....bermula dari hujung rambut hingga hujung kaki serta dari dalam tubuh ke luar tubuh =)



Owh ya....Promo Meal Shake masih berjalan lagi ye bulan ni...Ibu ayah jangan lupa grab kan untuk anak...moga anak anda lebih ceria, sihat, berselera dan fokus dalam pelajaran.



* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent diseases.




Untuk order klik sini :


Anda akan order DIRECT MELALUI E-SELL Shaklee.


Untuk bantuan/info lanjut hubungi saya;

Farhana
013 3943209
Shaklee Independent Distributor (877478)
Fb personal Farhana Md Shah




Thursday, 11 September 2014

Nutriwhite Facial Wash

Assalamualaikum...Harini saya nak share tentang satu facial wash yang best. 

Sebelum tu saya nak tanya korang dulu. Pernah tak korang rasa muka macam tak cuci je walaupun baru lepas cuci? Rasa muka macam tak bersih dan masih berminyak. Then bila korang buat peeling banyak nye kulit mati kat muka. Padahal baru lepas cuci muka kot! 

Nampak sangat pembersih muka tu tak betul-betul membersih adoii. Nak tukar pencuci muka lain dah tak sanggup dah. Yelah kalau kerap tukar mau rosak muka. Jadi, jika jadi hal sebegini korang haruslah bertindak mencari pencuci muka yang betul-betul membersih agar kulit wajah tak dipenuhi jerawat dan jeragat.

Bagi kulit muka yang tidak terlalu bermasalah, saya caadangkan anda guna pencuci muka NutriWhite Gentle Deep Foaming Cleanser. Anda pasti sukakan Pencuci muka NutriWhite ini kerana :


  • ia membersihkan dan menyegarkan kulit.
  • lembut dan menyegarkan
  • ramuan rumpai laut berfungsi menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan.
  • ramuan alga hijau berfungsi menyahtoksin dan melembapkan
  • ramuan strawberi begonia berfungsi mencerahkan dan mengimbangkan pigmen 



Ramai yang dah mencuba pencuci muka NutriWhite ini memberi feedback yang positif. Kata mereka muka terasa sangat-sangat bersih. Kualitinya setanding jenama antarabangsa tetapi dari segi harganya lebih murah. Haaa kalau kualiti bagus dan lebih murah memang wajib la anda cuba kan? Kalau anda nak tahu, pencuci muka Nutriwhite ini tahan berbulan lamanya! Ada yang pakai nak dekat setahun pun masih tak habis lagi. Memang berbaloi la kan? =) 

Jom kita tengok testimoni mereka yang dah pernah mencuba pencuci muka NutriWhite ini.








Ramai yang dah mencuba pencuci muka NutriWhite berasa lebih yakin dengan keterampilan diri. Tambah bila suami puji. Siapa tak nak cantik untuk suami kan? (^_^)v

Produk Nutriwhite ini anda tak perlu risau kerana ia terlibat dengan 3 tahun pembangunan produk. Bukan dua tiga bulan buat kajian terus hasilkan produk tapi 3 tahun tau. Ia juga adalah hasil kajian oleh saintis dan pakar-pakar penjagaan kulit di Jepun dan Amerika Syarikat. Ramuannya pula adalah ramuan terpilih dari 16 buah negara! Dan yang pasti produk NutriWhite ini terbukti selamat, berkesan dan bebas dari bahan kimia. 


* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent diseases.




Untuk order klik sini :



Anda akan order DIRECT MELALUI E-SELL Shaklee.


Untuk bantuan/info lanjut hubungi saya;

Farhana
013 3943209
Shaklee Independent Distributor (877478)
Fb personal Farhana Md Shah




Sunday, 7 September 2014

HB Rendah Ketika Hamil? Jangan pandang remeh!

Assalamualaikum. Harini saya nak share sedikit tentang kepentingan pengambilan zat besi bagi mengurangkan risiko HB rendah ketika hamil. Saya pasti, setiap kali check up ibu-ibu pasti risau tahap HB masing-masingkan? Yelah, kalau rendah bukan sahaja kena bebel dengan nurse tapi turut bagi kesan kepada diri sendiri dan bayi dalam kandungan.  

Biasanya ketika hamil, ramai ibu hamil beranggapan letih, lemah badan, emosi terganggu, rasa nak pitam adalah simptom biasa ketika hamil. Tahukah anda ia juga merupakan salah satu petanda yang anda berkemungkinan menghadapi anemia disebabkan kekurangan zat besi?

Zat besi adalah satu elemen penting untuk menghasilkan darah.  Kira-kira hampir 70 % daripada zat besi yang dijumpai  di dalam darah merah digelar hemoglobin dan di dalam sel-sel otot dipanggil myoglobin.  Hemoglobin  memainkan peranan penting dalam memindahkan oksigen dari paru-paru ke tisu badan manakala myoglobin berperanan untuk menerima, menyimpan, menghantar dan membebaskan oksigen.

Secara purata, lelaki dewasa memiliki kira-kira 1,000 mg simpanan zat besi (cukup untuk 3 tahun). Wanita pula secara purata memiliki 300 mg simpanan zat besi (cukup untuk 6 bulan). Sekiranya pengambilan zat besi  terlalu rendah, simpanan zat akan berkurangan dan mengakibatkan penurunan kadar hemoglobin.

Untuk pengetahuan anda, zat besi tidak dapat dihasilkan oleh badan. Ia mesti diserap melalui apa yang kita makan. Namun begitu hanya kira-kira 10 hingga 30 peratus daripada zat besi  yang kita makan diserap dan digunakan oleh badan.  Jadi, bagaimana hendak meningkatkan keperluan zat besi harian kita? Keperluan harian zat besi boleh dicapai melalui pengambilan supplemen. Pengambilan vitamin C bersama zat besi dapat membantu badan anda menyerap zat besi dengan lebih baik.

Kenapa ibu hamil perlukan zat besi?

Menurut Dr. Premitha ( Pakar Obstetrik dan Ginekologi hospital Pantai Kuala Lumpur ), ibu hamil memerlukan zat besi tambahan untuk menghasilkan lebih banyak darah bagi menyokong keperluan khasiat pemakanan sendiri serta tumbesaran bayi mereka. Dianggarkan kira-kira lebih 50 peratus zat besi diperlukan ketika hamil iaitu pertambahan jumlah dari 15mg/dl kepada 27mg/dl sehari.

Bagi meningkatkan keberkesanan serapan zat besi, ibu disyorkan mengambil zat besi, folat, kuprum dan zink bersama makanan.

Apakah yang perlu dielakkan ketika mengambil zat besi?

1. Elakkan mengambil teh atau kopi sejam atau dua jam sebelum mengambil zat besi     tambahan kerana ia boleh mengurangkan daya serapan zat besi.

2.Elakkan juga pengambilan kalsium bersama dengan zat besi kerana kalsium juga boleh mengurangkan serapan zat besi.

Menurut Dr. Premitha lagi, zat besi bukan sahaja diperlukan ketika hamil, malah ia diperlukan oleh wanita yang sedang mencuba untuk hamil serta ibu yang menyusukan anak. Sebaiknya, para wanita disarankan mengambil zat besi secara berterusan sehingga ke akhir hayat mereka.

Kesan kekurangan zat besi ketika hamil :  
-Keguguran -Melahirkan bayi pramatang
-Anak meninggal di dalam perut 
-Melahirkan bayi yang tidak cukup berat badan 
-Mudah mengalami tumpah darah selepas bersalin 
-Boleh mengancam kesihatan ibu dan kandungan boleh membawa maut

Ada sesetengah ibu tak mahu mengambil obimin atau multivitamin kerana beranggapan vitamin ini boleh menyebabkan bayi besar. Hakikat ini sebenarnya salah. Salah satu tujuan pengambilan zat besi adalah untuk memastikan berat bayi meningkat mengikut polanya.

Ada juga beberapa ibu mengadu yang mereka tidak boleh telan obimin kerana baunya yang kurang menyenangkan. Jadi, adakah Shaklee mempunyai supplemen yang dapat membekalkan zat besi dan nutrisi lain ketika hamil?

Sudah tentu ada! Ibu hamil disyorkan untuk mengambil Vitalea. Vitalea adalah multivitamin yang lengkap dengan vitamin dan mineral yang diperlukan badan. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting (disarankan RDA). Tablet vitalea ini disaluti dengan serbuk spirulina. Vitalea telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.

Kenapa anda perlu pilih Vitalea?

Vitalea merupakan vitamin pantas larut di dunia di dalam air dan tubuh manusia. Ia juga mudah hadam, berbanding multivitamin jenama lain yang didapati tidak hadam. Antara manfaat utama vitalea adalah membekalkan tenaga segera, berfungsi sebagai pelengkap nutrisi, membantu tumbesaran terutama remaja dan kanak-kanak, sangat membantu merangsang metabolisma dan melambatkan penuaan, membantu melindungi organ seperti jantung, buah pinggang dan hati, merupakan elemen penting pada sel tumbuh (membantu pertumbuhan sel, memperbaharui sel, membantu tumbesaran, membantu pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon).

Antara kandungan nutrisi di dalam vitalea ialah : Vitamin A, Vitamin  C, Vitamin  D, Vitamin B1, B2, B3, B5, B6, B12, Biotin, Kalsium, Asid Folik, Fosforus, Iodin, Zat Besi, Magnesium, Copper dan Zink.  


Selain daripada vitalea, Shaklee juga mempunyai vitamin lain yang diperlukan oleh ibu hamil. Ibu hamil boleh mendapatkan set kehamilan / set mengandung untuk memastikan ibu serta bayi di dalam kandungan mendapat khasiat yang secukupnya, sentiasa sihat dan InsyaAllah boleh mengelakkan daripada risiko yang tidak diingini. 

**Penghidap thalasemia dan SLE perlu dapatkan rujukan doktor terlebih dahulu sebelum mengambil vitalea kerana vitalea tidak sesuai di ambil oleh mereka.


* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent diseases.



Untuk order klik sini :
Anda akan order DIRECT MELALUI E-SELL Shaklee


Untuk bantuan/info lanjut hubungi saya;

Farhana
013 3943209
Shaklee Independent Distributor (877478)
Fb personal Farhana Md Shah