Pages

Sunday, 20 April 2014

Bagaimana Protein Membantu Meningkatkan Kesuburan



Assalamualaikum. Hari ini saya ingin berkongsi tentang salah satu cara untuk meningkatkan kesuburan. Caranya adalah melalui pengambilan protein.

Tahukah anda jika anda tidak mendapatkan protein yang cukup ia boleh menjejaskan peluang anda untuk hamil?

Untuk pengetahuan anda, protein adalah makanan asas kepada sel.  Pengambilan protein membantu memperbaharui sel kita setiap hari. Jika sel-sel kita sihat, ia juga boleh membantu memudahkan proses persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. Dalam erti kata lain, protein membantu menyihatkan ovum dan sperma.

Menurut Dr Christopher Williams di dalam bukunya The Fastest Way to Get Pregnant Naturally“Kekurangan pengambilan protein boleh mengurangkan kekerapan haid dan menyumbang kepada keguguran awal.”

Menurut beliau lagi “Pengambilan protein yang disyorkan untuk wanita yang tidak hamil adalah sekurang-kurangnya 45 hingga 50 gram setiap hari”.  Jika telah hamil, keperluan protein harus ditingkatkan sekurang-kurangnya 60-65 grams setiap hari.

Sumber : theadventurouswriter.com

Protein membantu anda mengelakkan kemandulan Ovulatory.

Penemuan dari Nurses’ Health Study juga menunjukkan bahawa pengambilan lebih banyak protein daripada tumbuh-tumbuhan dan kurang daripada haiwan adalah satu langkah besar ke arah mengelakkan kemandulan ovulatory.

Berdasarkan penyelidikan mereka, ada dua cara untuk mengetahui ovulasi anda bermasalah iaitu melalui kitaran haid yang tidak teratur serta berat badan yang tidak normal.

Sumber : cincinnatifertility.com

Bagaimana berat badan yang berlebihan boleh menggangu proses ovulasi?

Menurut University of Maryland Medical Center, berat badan yang berlebihan memberi kesan negatif kepada kesuburan wanita. Berat yang berlebihan akan menyebabkan penghasilan insulin yang tinggi. Apabila tahap insulin tinggi, ia akan menyebabkan ovari menghasilkan terlalu banyak hormon lelaki dan berhenti mengeluarkan telur. Untuk pengetahuan anda, obesiti dan tahap insulin yang tinggi berkait rapat dengan sindrom ovari polisistik iaitu ketidakseimbangan hormon yang boleh menjejaskan kesuburan dengan menggangu ovulasi.

Jadi, jika anda obes, senaman dapat membantu meningkatkan semula kesuburan anda.

Sumber : www.livestrong.com

Satu kajian mengatakan wanita yang berdiet dengan protein yang tinggi serta rendah karbohidrat lebih berpotensi tinggi untuk hamil.

Dalam satu kajian American College dari penyelidik Dr Jeffery Russell, Pengarah Institut Delaware untuk Perubatan  Reproduktif berkata; “ Protein adalah penting untuk embrio yang berkualiti dan telur yang berkualiti”

Sumber : www.huffingtonpost.com

Berdasarkan kajian di atasdapat kita simpulkan bahawa  adalah penting untuk kita para wanita mendapatkan berat badan yang ideal, kitaran haid yang teratur serta keperluan protein yang cukup bagi meningkatkan kesuburan kita.

Seandainya anda menghadapi masalah berat badan, dapatkan berat badan yang ideal sebelum mencuba untuk hamil. Anda boleh mendapatkan Set Pelangsingan Shaklee daripada saya atau mana-mana distributor yang berdekatan dengan anda.

Begitu juga dengan masalah kitaran haid. Anda boleh mengamalkan GLA Complex untuk mendapatkan kitaran haid yang normal. Kitaran haid yang normal sangat penting bagi memudahkan kita mengenal pasti waktu subur kita.

Sekiranya anda tiada kedua-dua masalah tersebut, anda disarankan untuk menambah pengambilan protein dalam diet seharian anda. Kami mencadangkan anda mengambil protein ESP Shaklee beserta Set Kesuburan Shaklee.

Kenapa protein ESP Shaklee? 

Ini adalah kerana ESP merupakan protein berkualiti tinggi yang dihasilkan daripada soya non GMO. Untuk mengekalkan khasiatnya, ia diproses dengan suhu yang rendah. ESP membekalkan 9 asid amino penting yang tidak dapt dihasilkan oleh tubuh manusia. ESP juga adalah protein rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid urik, mengandungi kandungan Indeks Glisemik (GI) yang rendah serta sangat mudah diserap oleh badan.

ESP mempunyai banyak manfaat. Ia bukan sahaja untuk mendapatkan kulit yang cantik, ia juga baik untuk kesuburan, kehamilan, penyusuan, pelangsingan dan masalah kesihatan lain seperti kolestrol, jantung, prostat dan sistem imun.
  
Bagaimana ESP membantu mereka yang menghadapi masalah kesuburan?

ESP adalah protin berasas dari tumbuhan, bukan haiwan. Jadi, ia boleh membantu meningkatkan kesuburan . ESP berfungsi membantu membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sperma yang sihat, membantu menguatkan rahim dan mengurangkan risiko keguguran.

Bagaimana ESP membantu masalah berat badan yang berlebihan?

ESP sangat sesuai diambil oleh mereka yang mempunyai masalah berat badan kerana ia rendah lemak, tiada kolestrol malah membekalkan tenaga dan membuatkan kita rasa kenyang yang lama. ESP disarankan diambil pada waktu pagi untuk mereka yang berdiet. Menurut kajian, pengambilan protein ketika sarapan mampu membuat kita kekal langsing.




Untuk bantuan/info lanjut hubungi saya;

Farhana
013 3943209
Shaklee Independent Distributor (877478)
Fb personal Farhana Md Shah

Thursday, 3 April 2014

Bayi Menolak Susu Badan - Kenapa dan bagaimana hendak merangsang semula tanpa direct feeding.


Ramai ibu-ibu atau bakal ibu kini sudah menyedari kepentingan dan kelebihan susu ibu. Meskipun bekerja, ia tidak menghalang mereka untuk memberi susu ibu sepenuhnya kepada anak mereka. Saya pasti ramai ibu sudah tahu cara mengatasi halangan yang datang dari ibu sendiri seperti stress, terlampau penat, kegagalan mengepam mengikut masa dan lain-lain lagi. Akan tetapi apabila halangan penyusuan itu datang dari bayi anda sendiri, ramai menyangka bayi mereka tidak lagi mahu menyusu dengan mereka. Lantaran itu, penyusuan susu ibu terus terhenti serta merta. 

Bayi reject direct breastfeeding. Adakah itu the end of bf journey?

Jawapannya tentu sekali TIDAK! Jadi jangan tergesa-gesa mahu memberi susu formula ya ibu-ibu. Masih ada caranya.

Pertama sekali, fahami konsep DEMAND & SUPPLY. Susu terhasil melalui konsep demand dan supply.
Demand = kekerapan bayi menyusu / kekerapan mengepam susu
Supply = kuantiti susu yang dihasilkan oleh ibu.

Ramai ibu termasuklah saya menyangka hanya bayi sahaja boleh stimulate/ merangsang penghasilan susu. Hakikat ini adalah kurang tepat sebenarnya. Proses mengepam susu juga boleh stimulate/ merangsang penghasilan susu meskipun bayi anda tidak lagi menyusu secara direct. Jadi, ibu yang mengepam susu tanpa ada direct feeding dari bayi digelar EPM (exclusive pumping mom).

Soalan: Bolehkah ibu yang EPM ini berjaya menyusukan anak seperti ibu yang direct breastfeeding?
Ya.  Sudah tentu boleh dengan syarat kena RAJIN & KONSISTEN MENGEPAM serta TIDAK GIVE UP!  Ibu yang EPM perlu struggle dan lebih kuat dari ibu yang lain jika mahu berjaya menyusukan anak ke tahap yang diingini. Ibu EPM kena rajin mengepam sekurang-kurangnya 8 kali sehari / setiap 3 jam sekali serta bangun mengepam pada waktu malam.

Bagaimanapun, sebelum menjadi EPM (exclusive pumping mom) kenal pasti dahulu apa punca anak reject direct breastfeeding.  Biasanya bayi reject direct feeding sebab bayi telah didedahkan dengan penggunaan botol susu terlalu awal. Penggunaan botol susu terlalu awal boleh menyebabkan bayi berhadapan dengan “NIPPLE CONFUSION” . Bayi memilih puting botol susu/ puting tiruan kerana alirannya lebih laju dari menyusu secara direct.

Berbanding dengan menyusu direct dari payudara ibu, bayi memerlukan 60 kali pergerakan otot berbanding menyusu dari botol. Atas faktor ini, bayi akan memilih sesuatu yang lebih mudah / effortless.  Di sinilah bermulanya fasa kritikal sekiranya bayi mula keliru tentang puting. Sebaiknya, pujuk bayi anda perlahan-lahan untuk kembali direct feeding. Berikan masa kepada bayi dan juga anda. Jangan marah jika bayi menolak untuk direct feeding.  Teruskan berusaha dan jangan give up. Susukan bayi anda secara direct dari payudara anda ketika dia mamai / mengantuk. Biasanya, dalam keadaan separa sedar ini bayi tidak menolak untuk menyusu secara direct. Jika bayi anda menolak, jangan terus memaksa. Cari faktor lain kenapa bayi anda reject menyusu badan secara langsung.

Seandainya bayi anda masih menolak untuk direct menyusu dengan anda, anda boleh menjadi Exclusive Pumping Mom. Penyusuan penuh masih boleh dilakukan tetapi anda harus super duper gigih dari ibu lain kerana bayi anda tidak lagi direct menyusu dengan anda. 

Jadi, bilakah masa yang sesuai untuk mengajar bayi menggunakan botol (sebagai latihan sebelum anda mula bekerja)? Waktu yang sesuai adalah selepas 4 minggu bayi dilahirkan.  Sewaktu mahu mengajar bayi menggunakan botol, minta bantuan orang lain untuk menyusukan anak (menggunakan botol). Cara ini lebih effective kerana jika anda yang melatih kemungkinan besar untuk bayi menolak penggunaan botol adalah tinggi.

P/s: Ikuti sambungan artikel akan datang : FAKTOR LAIN BAYI REJECT DIRECT BF.