Ramai ibu-ibu atau bakal ibu kini sudah menyedari kepentingan dan kelebihan susu ibu. Meskipun bekerja, ia tidak menghalang mereka untuk memberi susu ibu sepenuhnya kepada anak mereka. Saya pasti ramai ibu sudah tahu cara mengatasi halangan yang datang dari ibu sendiri seperti stress, terlampau penat, kegagalan mengepam mengikut masa dan lain-lain lagi. Akan tetapi apabila halangan penyusuan itu datang dari bayi anda sendiri, ramai menyangka bayi mereka tidak lagi mahu menyusu dengan mereka. Lantaran itu, penyusuan susu ibu terus terhenti serta merta.
Bayi reject direct breastfeeding. Adakah itu the end of bf
journey?
Jawapannya tentu sekali TIDAK! Jadi jangan tergesa-gesa mahu
memberi susu formula ya ibu-ibu. Masih ada caranya.
Pertama sekali, fahami konsep DEMAND & SUPPLY. Susu
terhasil melalui konsep demand dan supply.
Demand = kekerapan bayi menyusu / kekerapan mengepam
susu
Supply = kuantiti susu yang dihasilkan oleh ibu.
Ramai ibu termasuklah saya menyangka hanya bayi
sahaja boleh stimulate/ merangsang penghasilan susu. Hakikat ini adalah kurang
tepat sebenarnya. Proses mengepam susu juga boleh stimulate/ merangsang
penghasilan susu meskipun bayi anda tidak lagi menyusu secara direct. Jadi, ibu
yang mengepam susu tanpa ada direct feeding dari bayi digelar EPM (exclusive pumping mom).
Soalan: Bolehkah ibu yang EPM ini
berjaya menyusukan anak seperti ibu yang direct breastfeeding?
Ya. Sudah tentu boleh dengan syarat kena RAJIN & KONSISTEN MENGEPAM serta
TIDAK GIVE UP! Ibu yang EPM perlu
struggle dan lebih kuat dari ibu yang lain jika mahu berjaya menyusukan anak ke
tahap yang diingini. Ibu EPM kena rajin mengepam sekurang-kurangnya 8 kali
sehari / setiap 3 jam sekali serta bangun mengepam pada waktu malam.
Bagaimanapun, sebelum menjadi EPM
(exclusive pumping mom) kenal pasti dahulu apa punca anak reject direct
breastfeeding. Biasanya bayi reject direct feeding
sebab bayi telah didedahkan dengan penggunaan botol susu terlalu awal.
Penggunaan botol susu terlalu awal boleh menyebabkan bayi berhadapan dengan
“NIPPLE CONFUSION” . Bayi memilih puting botol susu/ puting tiruan kerana
alirannya lebih laju dari menyusu secara direct.
Berbanding dengan menyusu direct
dari payudara ibu, bayi memerlukan 60 kali pergerakan otot berbanding menyusu
dari botol. Atas faktor ini, bayi akan memilih sesuatu yang lebih mudah /
effortless. Di sinilah bermulanya fasa
kritikal sekiranya bayi mula keliru tentang puting. Sebaiknya, pujuk bayi anda
perlahan-lahan untuk kembali direct feeding. Berikan masa kepada bayi dan juga
anda. Jangan marah jika bayi menolak untuk direct feeding. Teruskan berusaha dan jangan give up. Susukan bayi anda secara direct dari payudara anda ketika dia mamai / mengantuk. Biasanya, dalam keadaan separa sedar ini bayi tidak menolak untuk menyusu secara direct. Jika bayi anda menolak, jangan terus memaksa. Cari faktor lain
kenapa bayi anda reject menyusu badan secara langsung.
Seandainya bayi anda masih menolak untuk direct menyusu dengan anda, anda boleh menjadi Exclusive Pumping Mom. Penyusuan penuh masih boleh dilakukan tetapi anda harus super duper gigih dari ibu lain kerana bayi anda tidak lagi direct menyusu dengan anda.
Jadi, bilakah masa yang sesuai untuk
mengajar bayi menggunakan botol (sebagai latihan sebelum anda mula bekerja)? Waktu yang sesuai
adalah selepas 4 minggu bayi dilahirkan.
Sewaktu mahu mengajar bayi menggunakan botol, minta bantuan orang lain
untuk menyusukan anak (menggunakan botol). Cara ini lebih effective kerana jika anda yang melatih kemungkinan besar untuk bayi menolak penggunaan botol adalah tinggi.
P/s: Ikuti sambungan artikel akan datang : FAKTOR LAIN BAYI REJECT DIRECT BF.
No comments:
Post a Comment