Pages

Sunday 20 April 2014

Bagaimana Protein Membantu Meningkatkan Kesuburan



Assalamualaikum. Hari ini saya ingin berkongsi tentang salah satu cara untuk meningkatkan kesuburan. Caranya adalah melalui pengambilan protein.

Tahukah anda jika anda tidak mendapatkan protein yang cukup ia boleh menjejaskan peluang anda untuk hamil?

Untuk pengetahuan anda, protein adalah makanan asas kepada sel.  Pengambilan protein membantu memperbaharui sel kita setiap hari. Jika sel-sel kita sihat, ia juga boleh membantu memudahkan proses persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. Dalam erti kata lain, protein membantu menyihatkan ovum dan sperma.

Menurut Dr Christopher Williams di dalam bukunya The Fastest Way to Get Pregnant Naturally“Kekurangan pengambilan protein boleh mengurangkan kekerapan haid dan menyumbang kepada keguguran awal.”

Menurut beliau lagi “Pengambilan protein yang disyorkan untuk wanita yang tidak hamil adalah sekurang-kurangnya 45 hingga 50 gram setiap hari”.  Jika telah hamil, keperluan protein harus ditingkatkan sekurang-kurangnya 60-65 grams setiap hari.

Sumber : theadventurouswriter.com

Protein membantu anda mengelakkan kemandulan Ovulatory.

Penemuan dari Nurses’ Health Study juga menunjukkan bahawa pengambilan lebih banyak protein daripada tumbuh-tumbuhan dan kurang daripada haiwan adalah satu langkah besar ke arah mengelakkan kemandulan ovulatory.

Berdasarkan penyelidikan mereka, ada dua cara untuk mengetahui ovulasi anda bermasalah iaitu melalui kitaran haid yang tidak teratur serta berat badan yang tidak normal.

Sumber : cincinnatifertility.com

Bagaimana berat badan yang berlebihan boleh menggangu proses ovulasi?

Menurut University of Maryland Medical Center, berat badan yang berlebihan memberi kesan negatif kepada kesuburan wanita. Berat yang berlebihan akan menyebabkan penghasilan insulin yang tinggi. Apabila tahap insulin tinggi, ia akan menyebabkan ovari menghasilkan terlalu banyak hormon lelaki dan berhenti mengeluarkan telur. Untuk pengetahuan anda, obesiti dan tahap insulin yang tinggi berkait rapat dengan sindrom ovari polisistik iaitu ketidakseimbangan hormon yang boleh menjejaskan kesuburan dengan menggangu ovulasi.

Jadi, jika anda obes, senaman dapat membantu meningkatkan semula kesuburan anda.

Sumber : www.livestrong.com

Satu kajian mengatakan wanita yang berdiet dengan protein yang tinggi serta rendah karbohidrat lebih berpotensi tinggi untuk hamil.

Dalam satu kajian American College dari penyelidik Dr Jeffery Russell, Pengarah Institut Delaware untuk Perubatan  Reproduktif berkata; “ Protein adalah penting untuk embrio yang berkualiti dan telur yang berkualiti”

Sumber : www.huffingtonpost.com

Berdasarkan kajian di atasdapat kita simpulkan bahawa  adalah penting untuk kita para wanita mendapatkan berat badan yang ideal, kitaran haid yang teratur serta keperluan protein yang cukup bagi meningkatkan kesuburan kita.

Seandainya anda menghadapi masalah berat badan, dapatkan berat badan yang ideal sebelum mencuba untuk hamil. Anda boleh mendapatkan Set Pelangsingan Shaklee daripada saya atau mana-mana distributor yang berdekatan dengan anda.

Begitu juga dengan masalah kitaran haid. Anda boleh mengamalkan GLA Complex untuk mendapatkan kitaran haid yang normal. Kitaran haid yang normal sangat penting bagi memudahkan kita mengenal pasti waktu subur kita.

Sekiranya anda tiada kedua-dua masalah tersebut, anda disarankan untuk menambah pengambilan protein dalam diet seharian anda. Kami mencadangkan anda mengambil protein ESP Shaklee beserta Set Kesuburan Shaklee.

Kenapa protein ESP Shaklee? 

Ini adalah kerana ESP merupakan protein berkualiti tinggi yang dihasilkan daripada soya non GMO. Untuk mengekalkan khasiatnya, ia diproses dengan suhu yang rendah. ESP membekalkan 9 asid amino penting yang tidak dapt dihasilkan oleh tubuh manusia. ESP juga adalah protein rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid urik, mengandungi kandungan Indeks Glisemik (GI) yang rendah serta sangat mudah diserap oleh badan.

ESP mempunyai banyak manfaat. Ia bukan sahaja untuk mendapatkan kulit yang cantik, ia juga baik untuk kesuburan, kehamilan, penyusuan, pelangsingan dan masalah kesihatan lain seperti kolestrol, jantung, prostat dan sistem imun.
  
Bagaimana ESP membantu mereka yang menghadapi masalah kesuburan?

ESP adalah protin berasas dari tumbuhan, bukan haiwan. Jadi, ia boleh membantu meningkatkan kesuburan . ESP berfungsi membantu membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sperma yang sihat, membantu menguatkan rahim dan mengurangkan risiko keguguran.

Bagaimana ESP membantu masalah berat badan yang berlebihan?

ESP sangat sesuai diambil oleh mereka yang mempunyai masalah berat badan kerana ia rendah lemak, tiada kolestrol malah membekalkan tenaga dan membuatkan kita rasa kenyang yang lama. ESP disarankan diambil pada waktu pagi untuk mereka yang berdiet. Menurut kajian, pengambilan protein ketika sarapan mampu membuat kita kekal langsing.




Untuk bantuan/info lanjut hubungi saya;

Farhana
013 3943209
Shaklee Independent Distributor (877478)
Fb personal Farhana Md Shah

No comments:

Post a Comment