Friday, 2 September 2016
Count your blessings
Count Your Blessings!
Alhamdulillah...
Ana bersyukur sangat dikurniakan rakan positif. Walaupun adakala tenggelam dengan perasaan, bila teringat tips ini Ana cepat-cepat ambil buku, tulis apa nikmat yang Ana dah perolehi setakat ini.
It really helps! Terus rasa malu dengan diri. Nak down, sedih, sentap lama-lama pun tak jadi. Malu dengan diri dan Allah. Nikmat Allah bagi tak terhitung malah percuma tapi bila dijentik sedikit, diberi ujian sedikit kita terus rasa yang diri ditimpa malang bertingekek-tingkek.
Salah satu blessing yang Ana dapat ialah support dari suami dan pihak keluarga. Walaupun pada awalnya masing-masing kurang bersetuju Ana nak buat biz tapi lama- kelamaan mereka beri restu pada Ana.
Terima kasih my the other half yang selalu tolong beli stok di branch, tolong pos, tolong COD.
Terima kasih mak sebab tak putus share segala post Angah di wall sehingga ramai kawan-kawan mak closed deal dengan Angah dan Along.
Terima kasih pada my beloved daughter yang selalu teman, console mama dan ada tiap masa dengan mama. Bersabar dengan segalanya.
Terima kasih Along sebab tak putus tolong adikmu ini. Tak pernah berkira malah selalu beri lebih dari apa yang diminta. Moga Allah mewahkan rezeki along sekeluarga.
Terima kasih pada semua - adik beradik, sedara mara, sahabat handai, customers, upline, sidelines yang tak putus beri support, kritikan dan ilmu baru pada Ana.
Doakan Ana berjaya di bidang yang Ana ceburi.
Ana doakan kalian juga sentiasa diberkati Allah, dimewahkan rezeki, diberi nikmat kesihatan yang baik serta bahagia di samping orang yang anda sayangi.
Terima kasih Allah atas segala rahmatMU. Semua ini berlaku atas izinMU jua.
#tsunamishaklee
#pts4kebaboom
Labels:
GENERAL,
TSUNAMI SHAKLEE
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment