Pages

Sunday, 10 December 2017

7 Tanda Badan Bertoksin


Rasa pelik tak? Dah cukup tidur tapi masih lagi rasa letih. Jom tengok 7 tanda ini. Kemungkinan besar tubuh anda sedang mengumpul toksin dengan jayanya.


1. Berat badan bertambah.

Anda sering melakukan senaman tapi berat tetap meningkat. Itu menandakan toksin sedang mengganggu fungsi hormon.


2. Nafas berbau.

Anda bukanlah seorang yang malas jaga kebersihan gigi dan mulut malah anda lah yang paling rajin memberus gigi, floss dan berkumur dengan cecair antibakteria. Akan tetapi nafas anda tetap berbau.

Hal ini terjadi kerana hati anda sedang berusaha menyingkirkan toksin dan kebiasaannya ia berkaitan dengan masalah penghadaman.


3. Keletihan berterusan.

Anda sering berasa keletihan berterusan walaupun tidak melakukan sebarang kerja berat atau bersenam. Ini juga satu petanda tubuh anda sedang menyingkirkan toksin.


4. Sembelit.

Usus berfungsi menyingkirkan toksin menerusi pembuangan air besar setiap hari. Akan tetapi fungsi ini boleh terganggu jika najis tidak keluar disebabkan masalah sembelit.


5. Aroma wangian.

Adakah anda mudah sakit kepala serta-merta selepas terhidu bau wangian? Ini juga satu petanda tubuh anda sedang berperang dengan toksin yang berlebihan.


6. Sakit otot.

Sakit pada bahagian otot, kaki dan sendi secara berterusan menunjukan toksin berkumpul di kawasan terbabit.


7. Reaksi kulit.

Jerawat, ruam, mata sembab dan ekzema adalah petanda badan anda terlebih toksin.











No comments:

Post a Comment