Pages

Wednesday, 6 December 2017

Manfaat vitamin A dalam Si Lobak Oren




Setiap kali melihat lobak merah pasti teringat kenangan mengajar si anak dara flash card dulu. Si anak dara pertikaikan ' Lobak oren ma, bukan lobak merah. Kan warna oren tu !' 😂


Speechless mama. Kalau dari segi warna memang dia win! Bila ditanya pada tokmanya pun tokma juga takde jawapan untuk soalan si anak dara tu 😅


Dah alang-alang terimbau kenangan ni Ana pun buat sedikit research harini. Rupa-rupanya ada asal usul warna lobak ni.


Asal usul tok nenek lobak ni dikatakan adalah dari Afghanistan. Ia tumbuh secara meliar dan berwarna ungu, putih dan kuning.


Lobak oren muncul pada kurun ke 17, hasil mutasi yang diusahakan untuk menjadi baka baru oleh hortikulturis Belanda. Oleh kerana zaman tersebut adalah zaman pemerintahan putera raja yang digelar 'William of Orange', penanaman lobak oren kemudiannya dilakukan secara meluas.


Warna oren pada lobak oren bukanlah hasil dari proses mutasi semata-mata. Ia berlaku kerana lobak oren mengandungi beta-carotene iaitu kumpulan pigmen yang biasa terdapat dalam tumbuhan dan organisma fotosintetik.




Setiap warna lobak ini melambangkan kandungan  nutrien di dalamnya. Khasiat setiap lobak tersebut pun berlainan tau.


KISAH BUDAK OREN.


Tahukah anda kulit manusia boleh bertukar menjadi oren jika terlebih makan lobak? Hal ini boleh terjadi jika tubuh anda tidak mempunyai enzim hati yang membolehkan beta carotene ditukarkan menjadi vitamin A di dalam badan.


Seriously Ana tak mereka cerita tau. Hal ini pernah terjadi suatu ketika dahulu di mana satu-satunya pesakit kanak-kanak di Britain berubah kepada warna oren disebabkan penyakit yang dihadapinya.


Kanak-kanak tersebut bernama Leo Barnett, mengidap penyakit hyper beta carotenernia yang membuatkan kulitnya bertukar menjadi oren setelah mengambil makanan yang mengandungi beta carotene seperti lobak dan oren.




Leo kemudian dibawa berjumpa dengan pakar. Doktor mendapati Leo tidak mempunyai enzim hati yang menukarkan beta carotene kepada vitamin A. Setelah Leo berusia 3 tahun, kulitnya kembali menjadi sediakala. Meskipun kekurangan beta carotene tidak menjadi sesuatu yang serius dalam kesihatan, Leo tetap diberi vitamin A untuk menguatkan sistem imunnya yang lemah.


Apakah manfaat vitamin A?


1. Kesihatan mata
    ● meningkatkan fungsi penglihatan.
    ● mengekalkan kelembapan mata dan mengelakkan
       mata dari kering.
    ● meningkatkan penglihatan di malam hari.
    ● mengurangkan risiko katarak.


2. Kesihatan kulit
   ● menentang radikal bebas yang boleh merosakkan
      kulit.
   ● melembut dan melembapkan kulit.
   ● mencegah jerawat.
   ● meremajakan kulit.


3. Meningkatkan sistem imun

4. Mencegah kanser

5. Menguatkan tulang dan gigi.


Dalam supplement Shaklee ada satu vitamin yang mengandungi beta carotene dan vitamin A. Vitamin tersebut adalah Carotomax.




* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent diseases.




Untuk order klik sini :


Anda akan order DIRECT MELALUI E-SELL Shaklee



Untuk bantuan/info lanjut hubungi saya;


Farhana
013 3943209
Shaklee Independent Distributor (877478)
Fb personal Farhana Md Shah
Fb page Online Vita Shop




































No comments:

Post a Comment