Pages

Friday, 20 February 2015

Kenapa Kalsium Perlukan Magnesium?

Kalsium dan magnesium ini diumpamakan seperti irama dan lagu. Tiada salah satu maka kurang lengkaplah fungsinya, kuranglah keberkesanannya. 


Seperti yang kita sedia maklum, kalsium bertindak melindungi dan mengekalkan tulang dan gigi yang sihat. Walaubagaimanapun, kalsium tidak dapat bertindak sendirian. Ia memerlukan magnesium. 

Kekurangan magnesium atau terlebih kalsium boleh menyebabkan komplikasi kesihatan yang serius. Ini adalah kerana kalsium dan magnesium bertanggungjawab untuk lebih daripada 300 tindak balas kimia di dalam badan kita.


KEPENTINGAN KALSIUM DAN MAGNESIUM


Kenapa tubuh kita memerlukan kalsium? Jika tubuh kita memperolehi kalsium yang secukupnya, ia dapat membantu :
  • mengurangkan atau menghilangkan gejala PMS.
  • mendapatkan tidur yang lebih lena dan berkualiti.
  • membekalkan tenaga sepanjang hari terutama ketika bersenam atau bekerja.
  • melegakan kesakitan dan kekejangan otot.
  • mencegah osteoporosis.
  • memperbaiki mood (mood menjadi lebih baik).
  • mencegah kemurungan.
  • memperbaiki jantung dan sistem saraf.

KALSIUM TANPA MAGNESIUM

Tanpa magnesium, badan kita tidak dapat :
  • menyerap kalsium dengan secukupnya.
  • merangsang calcitonin iaitu hormon yang menarik kalsium dari darah dan tisu ke dalam tulang.
  • menindas paratiroid iaitu hormon yang merosakkan tulang.
  • menukarkan vitamin D kepada bentuk aktif untuk penyerapan kalsium.
  • mengaktifkan enzim yang diperlukan untuk membentuk tulang baru.
  • mengawal selia pengangkutan kalsium.

Saya kongsikan contoh peranan kalsium dan magnesium :

Magnesium, fungsinya adalah untuk merehatkan otot. Tanpa magnesium, jika tubuh kita terlebih kalsium, ia akan mengakibatkan kekejangan dalam salur darah (darah tinggi) dan kekejangan dalam rahim (senggugut).


KALSIUM PILIHAN SAYA

Kalsium pilihan saya semestinya Ostematrix Shaklee. Ostematrix bukan sekadar kalsium. Ia lengkap dengan magnesium, vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron. Untuk pengetahuan anda, nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan untuk mengelakkan endapan sesetengah mineral.


Klik SINI untuk mengetahui manfaat ostematrix yang menjadi kegemaran ibu hamil dan ibu menyusu terutamanya.




* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent diseases.





2 Cara untuk dapatkan produk :



1 ) Anda order DIRECT MELALUI E-SELL Shaklee.

Untuk order klik sini :


ATAU

2)  Hubungi saya  :

Farhana
Call/Sms/WhatsApp 013 3943209 
Shaklee Independent Distributor (877478)
Fb personal Farhana Md Shah







Monday, 16 February 2015

Vitamin Untuk Minda Lebih Fokus.

Seorang ibu pernah bertanya kepada saya. Macam mana nak buat ye? Anak saya lemah dalam semua subjek dan kurang berminat untuk belajar. Di dalam hal ini saya sememangnya bukanlah pakar. Jadi saya hanya memberi jawapan berdasarkan pandangan peribadi saya dan hasil bacaan saya.

Pada pendapat saya semua kanak-kanak suka belajar. Itu adalah fitrah manusia. Namun minat itu boleh terbantut atau terganggu apabila mereka tidak dapat fokus dengan baik. Apabila keadaan ini berlaku, secara tidak langsung anak itu mula berasa rendah diri dan ketinggalan. 

Mereka juga mudah berasa bosan dan putus asa kerana perlu mengambil masa yang lama untuk fahamkan sesuatu. Kita yang dah dewasa pun mudah rasa bosan apabila tak faham sesuatu walaupun telah baca berkali-kali, kanak-kanak lagi la kan?

Nasihat saya ibu ayah segeralah bertindak. Jika dibiarkan berlarutan anak-anak akan menjadi malas dan hilang minat untuk belajar. Akibat daripada itu mereka mula bergaul dengan kawan-kawan yang tak minat belajar dan malas. Ini realiti ya. Kita perlu ambil iktibar. Jadi jom kita tengok apa faktor anak kurang fokus.



Faktor anak kurang fokus.

Ada pelbagai faktor yang boleh menyebabkan anak-anak kita sukar fokus. Antaranya :

  •  tidak mendapat tidur yang cukup
  •  kekurangan nutrisi 
  •  stress

Atas faktor di atas, pengambilan vitamin sangat penting untuk anak-anak agar mereka lebih bertenaga, fokus dan sihat.

Berikut adalah vitamin yang dapat membantu anak anda fokus:

1. Vitamin B : Vitamin B6 membantu menyokong dan mengekalkan beberapa fungsi badan.Ia terbukti dapat meningkatkan daya ingatan dan mengekalkan kesihatan otak. Asid folik (vitamin b juga) membantu menghasilkan darah merah dan memperbaiki deria minda yang jelas. Vitamin B12 juga membantu menghasilkan darah merah. Jika otak tidak menerima darah merah yang cukup, tubuh kita akan berasa terlalu lemah dan letih.

2.Magnesium : Magnesium mempunyai kesan yang menenangkan pada otak. Satu kajian yang dijalankan oleh Saintis negara China (diterbitkan dalam jurnal Neuron) mendapati magnesium berkesan dalam meningkatkan ingatan dan proses pembelajaran.

3. Omega 3 : Kajian mendapati mereka yang kurang fokus di dalam pelajaran adalah disebabkan kekurangan omega 3 di dalam diet mereka. Bagi membuktikan hal ini, beberapa experiment telah dilakukan. Pelajar yang lemah dalam pelajaran diberi omega 3 selama beberapa tempoh. Hasil daripada experiment tersebut pelajar-pelajar tersebut mula menunjukkan peningkatan yang baik di dalam pelajaran. Mereka mula menunjukkan minat untuk belajar, lebih fokus, cemerlang di dalam matematik dan penyelesaian masalah abstrak, kemahiran bertutur, membaca dan menulis mereka bertambah baik dan daya ingatan mereka juga semakin kuat. 



Supplement Shaklee untuk Anak Cerdik dan Cergas.


1.  Meal Shakes

    


Meal Shake adalah multivitamin yang lengkap dalam bentuk serbuk. Ia mengandungi ke semua zat dan mineral yang diperlukan oleh anak-anak untuk membantu tumbesaran. Antara kelebihan Meal Shake :


  • Ia mengenyangkan. Berperisa vanilla dan ia sangat mudah disediakan. Tak sampai 2 minit pun! Sangat sesuai dijadikan sebagai healthy breakfast terutama untuk anak-anak yang tidak suka bersarapan pagi / tak sempat nak bersarapan sebelum ke sekolah. Perut kosong boleh menggangu tumpuan anak di dalam kelas tau. Pengambilan meal shakes insyaAllah dapat membuatkan anak anda berasa kenyang dan tak mengantuk.
  • Ia membantu meningkatkan sistem imun. Bagi anak yang mudah jatuh sakit akibat jangkitan dari kawan-kawan di sekolah, meal shake dapat membantu meningkatkan antibodi anak-anak.
  • Ia membekalkan tenaga kepada anak-anak.
  • Ia membantu sistem penghadaman. Sistem penghadaman yang baik membantu penyerapan zat dengan lebih berkesan. Jadi pastikan anak anda tiada masalah penghadaman kerana ia juga boleh menggangu kesihatan fizikal dan mental anak anda.
  • Kandungan vitamin B di dalam meal shake membantu mengelakkan anak daripada stress yang melampau. Vitamin B membantu menghasilkan hormon serotin iaitu hormon ceria.

2. Omega Guard 






Kelebihan Omega Guard Shaklee :

  • merupakan minyak ikan yang paling tulen di dunia. Ia telah melalui 3 peringkat penyulingan bagi memastikan ia bebas dari bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam sesetengah jenis ikan. 
  • satu hidangan omega guard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk EPA dan DHA.
  • membantu meningkatkan daya tumpuan di dalam pembelajaran.
  • membantu meningkatkan sistem imun.
  • membantu mengurangkan inflamasi.



Kedua-dua vitamin ini sesuai diambil oleh semua peringkat usia. Hubungi saya untuk dapatkan konsultasi percuma okay? 






                                       * This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent diseases.





2 Cara untuk dapatkan produk :



1 ) Anda order DIRECT MELALUI E-SELL Shaklee.

Untuk order klik sini :


ATAU

2)  Hubungi saya  :

Farhana
Call/Sms/WhatsApp 013 3943209 
Shaklee Independent Distributor (877478)
Fb personal Farhana Md Shah
Fb page Online Vita Shop











Sunday, 1 February 2015

Ostematrix Cinta Hati Saya Yang Pertama.

Ostematrix adalah produk Shaklee pertama yang saya cuba. Ingat lagi masa tu. Saya tengah sarat mengandungkan baby dara. Allah...rasa sakit sangat pinggang! Serius rasa nak nangis. Sakit sampai tak boleh nak tidur. Semua posisi tak selesa.
Then saya terbaca post dan testimoni tentang ostematrix di facebook. Ramai bagi good feedback cakap ostematrix ni best giller! Hilang lenguh2, sakit pinggang. Cramp kaki ketika hamil pun non hado. Dalam hati " Biar betik? Beza ke dengan susu yang aku minum selama ni?"
Disebabkan tak tahan sakit, saya tak fikir panjang. Terus order. Bila dapat terus amalkan. Alhamdulillah memang sangat berkesan pada saya dan mereka yang dah pernah cuba. No wonder ramaiiiiii ibu2 hamil dan menyusu serta warga emas sukakan ostematrix.
Apa beza ostematrix dengan susu lain?
Uniknya ostematrix ni ia ada kandungan magnesium dan vitamin D. Magnesium bantu merehatkan otot dan seimbangkan fungsi kalsium, manakala vitamin D membantu penyerapan kalsium dengan lebih baik.


Kalau anda/mak2 anda ada sakit2 sendi @ lenguh2 badan tu, ia adalah petanda tubuh kurang kalsium. Bukan ada benda menumpang tau hihi.
Bebaskan diri anda dari belenggu sakit sendi.
Jom ber ostematrix!
Sangat2 mudah nak amalkan. Telan aje. Tak perlu bancuh.
Yang tak lalu minum susu, ostematrix adalah pilihan terbaik untuk anda smile emoticon
Promo hoiii bulan ni.
Saya suka gilak! Hihi
Buy 6 Free 1
Twins Pack
Lai lai lai.
    

                                     * This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent diseases.





2 Cara untuk dapatkan produk :



1 ) Anda order DIRECT MELALUI E-SELL Shaklee.

Untuk order klik sini :


ATAU

2)  Hubungi saya  :

Farhana
Call/Sms/WhatsApp 013 3943209 
Shaklee Independent Distributor (877478)
Fb personal Farhana Md Shah
Fb page Online Vita Shop