Pages

Saturday, 11 November 2017

7 Punca Kulit Menjadi Kusam dan Cara Mengatasinya.


Kulit menjadi kusam. Ia tidak berlaku secara tiba-tiba atau tanpa punca. Ada penyebabnya. Malah anda pasti tak menyangka penyebab itu anda selalu abaikan atau pandang remeh.


Jom semak apakah 7 punca kulit menjadi kusam.



1.Kurang minum air putih.






Dehidrasi boleh mengakibatkan banyak sel yang mati. Apabila kulit tidak mendapat air yang cukup, garis-garis halus boleh menjadi lebih jelas, kulit kelihatan lebih kasar, kusam dan tak bermaya. 


Pastikan anda minum air yang secukupnya agar kulit anda kekal lembap. Kelembapan kulit boleh membantu sel-sel permukaan kulit anda menjadi lebih lembap, sihat dan segar.



2. Kehadiran kulit mati.






Kulit mati diibaratkan seperti tingkap yang kotor di mana tiada cahaya dapat menembusinya. Jadi, jangan cepat melatah jika produk yang anda guna tidak berkesan. Tanggalkan kulit mati di wajah anda dengan melakukan scrub wajah.


Scrub wajah dapat membantu menghilangkan kulit mati yang mungkin dah berlapis di wajah anda. Trust me, kulit anda jika telah di scrub, bukan sahaja akan kelihatan licin dan berseri, malah pasti dapat menyerap dengan lebih baik produk yang anda aplikasikan ke atasnya.



3. Kesan sinaran uv

Terlalu terdedah kepada sinaran matahari secara berterusan dalam tempoh yang lama tanpa sebarang perlindungan boleh menyebabkan kulit menjadi kusam, hilang kelembapan,  dan cepat tua.

Jam 10 pagi hingga 4 petang adalah waktu sinaran uv paling kuat. Elakkan diri terdedah pada waktu itu tanpa sebarang perlindungan.

Dalam satu kajian yang dilakukan oleh penyelidik University Duke Sheldon Pinnell dan rakan-rakannya mendapati, perlindungan dari sinaran matahari boleh diperolehi dari Vitamin C dan Vitamin E.

Kajian ini turut disokong oleh kajian terkini The Journal of Investigate Dermatology yang dilaporkan pada February 2005 bahawa mereka yang mengambil Vitamin C dan Vitamin E dalam tempoh yang lama dapat membantu mengurangkan kesan sunburn akibat pendedahan kepada sinaran UVB.


4. Kurang rehat atau tidur.

Waktu tidur yang tidak teratur dan singkat boleh memberi kesan kepada kulit wajah anda. Sebagaimana anggota badan kita yang lain, kulit wajah juga perlukan rehat yang cukup untuk pertumbuhan semula pembentukan sel-sel kulit yang baru dan membuang sel kulit yang telah mati.


Dapatkan rutin tidur yang tetap dan rehat yang cukup bagi mengelakkan kulit anda menjadi kusam dan tidak bermaya.


5. Merokok.






Nikotin menyebabkan salur darah menjadi sempit dan menghadkan pengaliran darah yang mengandungi oksigen ke salur darah yang kecil di bahagian muka dan bahagian tubuh yang lain.


Rokok juga menghilangkan banyak nutrien penting termasuk vitamin c yang berfungsi untuk melindungi dan memperbaiki kerosakan kulit.


Kajian mendapati mereka yang merokok akan kelihatan lebih cepat tua berbanding usianya. Hentikan tabiat merokok yang ternyata tidak memberi apa-apa manfaat pun buat anda.


6. 
Diet yang tidak teratur dan tidak seimbang.

Kesihatan kulit mencerminkan apa yang kita makan setiap hari. Pengambilan makanan yang kaya dengan protein dan tinggi antioksidan dapat mengelakkan kulit menjadi kusam.


7. 
Tubuh banyak toksin.

Tubuh yang banyak toksin bukan sahaja mengakibatkan kulit menjadi kusam, malah boleh menyebabkan kulit anda berjerawat. Pengambilan supplemen seperti Alfafa dan Herblax boleh membantu menyingkir toksin dalam badan anda. Usus bersih, insyaAllah penyerapan nutrien menjadi lebih berkesan dan dapat mengelakkan kulit menjadi kusam.



Hubungi Ana untuk dapatkan vitamin yang dapat mengelakkan kulit menjadi kusam.






Hubungi saya  :

Farhana
Call/Sms/WhatsApp 013 3943209 
Shaklee Independent Distributor (877478)
Fb personal Farhana Md Shah






2 comments: