Pages

Friday 10 November 2017

Merokok Meningkatkan Risiko Osteoporosis



Nikotin dan toksin di dalam rokok boleh memberi kesan kepada tulang daripada pelbagai sudut. 


Asap rokok menghasilkan banyak radikal bebas yang boleh menyerang pertahanan tubuh. Akibatnya ia boleh merosakkan sel, organ dan hormon yang terlibat untuk menjaga kesihatan tulang.


Kajian mendapati merokok meningkatkan risiko osteoporosis.


Meh nak cerita sket bagaimana merokok meningkatkan risiko osteoporosis.


1. Merokok mengurangkan kadar penyerapan kalsium.

Seperti yang kita tahu, Vitamin D berfungsi untuk membantu penyerapan kalsium dengan lebih baik. Akan tetapi merokok menyebabkan tubuh terhalang dari menggunakan Vitamin D. Apabila vitamin D tidak dapat digunakan untuk menyerap kalsium, maka yang tinggal hanya sedikit sahaja kalsium yang available untuk membina tulang yang kuat.


2. Merokok merendahkan tahap estrogen di dalam tubuh lelaki dan wanita.

Estrogen memainkan peranan penting dalam menyokong kalsium dan mineral lain untuk menguatkan tulang. Apabila estrogen berkurangan, tulang mudah terdedah kepada risiko osteoporosis.


3. Merokok boleh merosakkan salur darah.

Merokok bukan sahaja merosakkan saluran darah, malah ia juga merosakkan saraf di jari kaki dan kaki dan boleh mengakibatkan keretakan/kerapuhan tulang. 

Oleh kerana salur darah telah rosak, oksigen tidak dapat dibekalkan kepada tulang.


4. Nikotin dan radikal bebas bunuh osteoblasts (sel yang membina tulang)

Dasyatkan kesan merokok ni? Sel yang berperanan dalam membina tulang turut musnah. No wonder la perokok-perokok ni selalu rasa sakit tubuh dan kaki. Saraf dah rosak dan tak cukup kalsium rupanya.


5. Merokok mengakibatkan kepadatan tulang semakin menurun.


Kajian mendapati perokok mempunyai risiko patah tulang lebih daripada 40% berbanding mereka yang tidak merokok.


Ayuh berhenti merokok! Tiada manfaat pun hisap rokok ni. Siap jelas terbukti lagi merokok meningkatkan risiko osteoporosis. Segera lah bertindak. Lagi lambat anda berhenti lagi banyak damage yang akan berlaku pada diri anda. Nak recover pun takes time tau kerana proses pembinaan tulang merupakan satu proses yang perlahan.


Jom ikhtiar dengan Vivix untuk berhenti merokok. Amalkan Ostematrix setiap hari agar tulang anda lebih kuat, tumpat dan sihat!



* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent diseases.




Untuk order klik sini :


Anda akan order DIRECT MELALUI E-SELL Shaklee



Untuk bantuan/info lanjut hubungi saya;


Farhana
013 3943209
Shaklee Independent Distributor (877478)
Fb personal Farhana Md Shah
Fb page Online Vita Shop




2 comments:

  1. Asap rokok buat org sekeliling tak selesa 😅

    ReplyDelete
  2. Tiada yang lebih merugikan daripada rokok ni. Membazir dan merosakkan badan

    ReplyDelete