*Info : Gambar rumah Ana ketika musim banjir pada tahun 2012.
Hujan....kalau turun lebat selama 3 hari non stop, haaa inilah hasilnya - swimming pool jadian 😂 Sejuk tak payah cakap la. Siang-siang pun Ana siap berstokin, ber sweater dan berselimut. Al maklumlah...lemak limited edition. Sejuk sampai mencengkam tulang gituu 😜
Memandangkan sekarang ni kita dah masuk fasa musim tengkujuh, Ana nak share 7 tips hadapi musim banjir. Ini based on experience Ana la sebab rumah Ana tu kira dah banyak kali jugak la kena selam banjir 😅
7 TIPS HADAPI MUSIM BANJIR
1) Be prepared.
Especially area yang mudah kena banjir. Kena selalu keep updated dengan segala info terutama dari pihak berkuasa. Siap sedia dari awal. Kemas apa yang perlu terutamanya segala dokumen penting. Sebolehnya letak di tempat yang selamat atau tempat tinggi.
2) Simpan stok makanan
Kalau tempat anda biasa dilanda banjir pastikan anda sediakan bekalan makanan kering yang mencukupi kerana apabila dah banjir, bekalan elektrik akan diputuskan. Jadi memang takde tempat nak simpan stok makanan basah.
3) Bekalan ubat
Bagi mereka yang ada penyakit, pastikan bekalan ubat anda mencukupi dan anda bawa bersama anda ke mana-mana.
4) Prepare stok vitamin
Waktu musim hujan ni kita mudah kena demam dan selsema. Pengambilan vitamin insyaAllah dapat membantu meningkatkan sistem imun dan mencegah serangan asthma.
5) Banyakkan minum air
Banyakkan minum air putih yang dah dimasak dan bertapis agar badan rasa lebih segar dan tidak dehidrasi. Masa ni Ana dah siap tapis berbotol air putih untuk bekalan sendiri.
Ana ingat lagi masa banjir besar 2014, anak Ana kena keracunan. Doktor kata mungkin berpunca dari air yang tak bersih. Sedih sangat tengok anak Ana masa tu asyik muntah dan cirit je. Sampai kurus badan dia. Mujur ada stok chewable vita c. Alhamdulillah dapat mengurangkan rasa loya dia.
6) Pakai pakaian yang kering
Musim hujan baju semua ambil masa nak kering kan? Jadi jangan main aci redah pakai baju yang lembap tau. Jika anda nak sidai baju di dalam rumah pastikan sabun basuh baju yang anda guna bebas dari bahan kimia yang merbahaya.
Ana suggest anda guna Sabun Fresh Laundry. Sabun fresh laundry shaklee bebas bahan kimia merbahaya tau. Bukan itu aje ia juga dapat menghilangkan bau hapak 😍
7) Jaga keselamatan anak-anak
Sentiasa pantau dan berpesan kepada anak-anak anda agar jangan main air especially jika kawasan rumah anda dah dinaiki air. Bimbang anak anda boleh lemas atau terkena serangan binatang berbisa.
Sama-sama kita doa agar tiada banjir berlaku pada musim tengkujuh kali ini. Moga kita semua selamat dan dilindungi Allah.
* This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent diseases.
Untuk order klik sini :
Anda akan order DIRECT MELALUI E-SELL Shaklee
Untuk bantuan/info lanjut hubungi saya;
Farhana
013 3943209
Shaklee Independent Distributor (877478)
Fb personal Farhana Md Shah
No comments:
Post a Comment