Pages

Monday, 5 March 2018

Bertanya Allah Dahulu


Rapuh.

Bila revise semula notes BAD terasa diri ini rapuh. Rapuh sebab selalu meletak sesuatu atas daya sendiri.


' Aku berjaya sebab aku usaha. Harini aku sharing 50x '

' Nak sesuatu kena realistik '


Ehhhh...Kau siapa nak buat kerja Tuhan?

Auchh kena setepek. Rasa macam kena tunjal je dekat dahi.

Seriously dah lama tak buat BAD ni. Bukan buat jahat tapi BAD tu bermaksud Bertanya Allah Dahulu.

Ye..tanya Allah dulu. Dari sekecil-kecil agenda hingga lah sebesar-besar agenda. Tanya Allah dulu. Then mintak Allah aturkan.

Bercakap soal mintak ni pun satu hal. Selalu fikir nak logik je. 


'Agak-agak lah nak mintak PERCUMA'

'Nak mintak tu logik sket boleh?'


Iskk....Dengan Allah tak perlu ada LOGIKA. Tak perlu ada pengiraan MATH. Tak perlu yada yada okay. 

Teringat dialog umi : 

Eh sedar lah diri kau tu hamba je. Mintak lah besar-besar. Jangan fikir logik. Apa sangatlah permintaan kau tu sampai nak mintak dengan Allah pun takut, ada diskaun dan perlu be realistic 😏


Ya Allah....kalau tak dapat bagi sejuta, seratus pun cukuplah Ya Allah. 

Itu diskaun la tu. Biasa buat kan?

In our life dah berapa kali kita diskaun impian kita? Banyak kan? Ni semua gara-gara tak yakin dan asyik fikir logik lah. Lebih-lebih lagi bila time desperate.

Begitu juga perihal rezeki. Kata ustaz (tak ingat siapa),  jika kita risaukan rezeki hari esok, itu satu penghinaan terhadap Allah. Bukankah Allah dah jamin rezeki kita semua. 

Allahu 😭

Terasa diri ini telah berjaya disekularkan hidup-hidup 😓

Soo guys...lets change. Kita ubah minded dan cara kita.

Always latih diri buat BAD.

Submit doa yang besar-besar terus.

Keje kita mintak dan terus mintak. Mintak sampai dapat. Macam anak-anak kita la. Mintak hari-hari, bersungguh-sungguh sampai kita yang dengar ni terus rasa nak bagi.

Suppose kita pun macam tu lah kan? Mintak sampai dapat tanpa jemu, tanpa diskaun.



#rapuh
#monologdiri
#muhasabah




Sunday, 4 March 2018

Manfaat Biji Labu

Biji labu.

Kalau siapa cakap tak pernah makan tu tipu la 😂 Kuaci korang pernah makan? Sure pernah kan? Biji kuaci, selain berasal dari biji bunga matahari, ada juga dari biji labu. 

Sebut tentang biji labu ni ia sebenarnya mengandungi pelbagai manfaat. Sebelum ni kalau makan labu kita buang je kan? Ke ada yang makan? Share sket korang makan macam mana biji labu tu hehe.

Antara manfaat biji labu adalah : 

1. Meningkatkan sistem imun
2. Mencegah strok
3. Mencegah osteoporosis
4. Bersifat anti inflamasi
5. Melambatkan penuaan
6. Mengurangkan kolestrol jahat
7. Memperbaiki masalah pernafasan

Oleh kerana biji labu ini mempunyai banyak manfaat, seorang saintis Jepun telah mencipta Nutriferon untuk meningkatkan interferon semulajadi dalam tubuh kita.

Kajian ini bukan dilakukan dalam setahun dua tau tapi selama 40 tahun! 

Bagi mereka yang selalu ada masalah sistem imun lemah, Ana cadangkan korang amalkan Nutriferon ini. InsyaAllah membantu.

Whatsapp Ana untuk order ⬇

www.wasap.my/60133943209


Saturday, 3 March 2018

Patent-Pending Vivix


Copyright. Trademark. Patent.

Nampak sama tapi tak serupa. Namun ketiga-tiganya berkaitan dengan isu hak milik. Nak tahu tak apa perbezaannya? Jom baca!


Copyright

Copyright digunakan untuk melindungi sebarang ekspresi dalam bentuk penulisan seperti karya intelektual, drama, musik dan juga seni.

Contoh paling mudah adalah penerbitan buku. Terpampang jelas pemilikan si penulisnya.


Trademark

Berbeza dengan copyright, trademark digunakan di dalam dunia perniagaan. Pendaftaran trademark  bertujuan untuk menunjukkan keunikan syarikat mereka terhadap orang ramai.

Trademark berupa kata, nama, frasa, simbol, warna, logo ataupun gabungan antara unsur-unsur tadi.

Sebagai contoh :

De Herbs  Terlajak Laris !

Anda tak boleh sewenang-wenangnya menggunakan   trademark terlajak laris ini untuk perniagaan anda ye. Trademark ini telah menjadi hak milik syarikat De Herbs. Jikalau tak mahu kena saman, cari lah trademark lain ye.


Pattern.

Apa pula dimaksudkan dengan pattern?

Pattern adalah hak ekslusif yang diberikan terhadap hasil penemuan dan si penemu agar orang lain tidak menggunakan, menawarkan atau menjual penemuan tersebut.

Hak ekslusif pattern boleh diberikan kepada tiga jenis ciptaan iaitu :

● Ciptaan berbentuk produk baru.

● Ciptaan berbentuk satu proses membuat sesuatu 
   dengan kaedah baru atau kaedah yang tidak pernah
   digunakan lagi sebelum ini.

● Ciptaan yang menawarkan satu penyelesaian kepada
   sesuatu masalah teknikal. Bahasa mudahnya ciptaan
   tersebut dapat menyelesaikan masalah, memperbaiki
   atau membangunkan sesuatu ciptaan yang telah
   sedia ada.

Untuk mendapatkan kelulusan pattern bukannya mudah dan murah ya. Jika ada produk berjaya mendapatkannya ternyata ia bukan lah calang-calang produk!


Antara produk Shaklee yang mendapat hak pattern adalah Vivix!


Apa yang Shaklee patenkan untuk produk Vivix?






1. Proses Cold Filling Extraction.

Ada pelbagai jenis cara digunakan untuk mengekstrak jus/minyak/pati dari tumbuh-tumbuhan.

Untuk penghasilan Vivix, proses cold extraction digunakan untuk mendapatkan pati dari buah-buahan. Proses ini menggunakan suhu yang rendah untuk mengekalkan kualiti produk.

Ada sesetengah proses mengggunakan air panas/suhu panas. Proses seperti ini boleh menurunkan kualiti produk itu walaupun hasil yang diperoleh mungkin lebih banyak.

Jadi, pihak Shaklee mempatenkan proses cold filling extraction ni untuk Vivix agar orang lain tak boleh curi.


2. Gabungan Polifenol

Untuk memperoleh kesan maksimum, Vivix bukan sahaja ada resveratrol tapi gabungan polifenol. 


3. Semulajadi, tanpa pengawet & stabil. 

Kalau kita letak Vivix atas meja, Vivix tak meruap. Kalau letak dalam freezer, Vivix tak beku. Tindakan-tindakan itu berlaku bukan dengan bantuan bahan-bahan kimia.


Nak try Vivix?

Whatsapp Ana.
013 394 3209

Friday, 2 March 2018

Kenapa Botol Vitamin Shaklee Warna Putih?


Hai semua! Pernah tak korang wonder kenapa laaa hai botol vitamin Shaklee warna putih? 


Kenapa bukan warna pink?
Hitam ke? 
Biru ke? 
Purple ke? (my favorite color 😂)
Translucent color ke?
Clear color ke?


Dan lagi satu, kenapa botol vitamin Shaklee tu PLASTIK bukan KACA? Kalau kaca kan nampak exclusive sket kan 😎


Haaa itulah special nya company Shaklee ni. Semua aspek depa titik berat kan. Tahap kajian Shaklee bukan hanya pada raw material dan finished product Shaklee sahaja okeh. Aspek packaging juga turut termasuk dalam research saintis Shaklee. 


Warna putih dipilih kerana sifatnya memantulkan kesemua spektrum cahaya. Langsung tak serap seperti warna lain. Serapan spektrum cahaya akan menyebabkan haba terkumpul pada botol dan memanaskan botol. 


Jadi, apabila botol warna putih digunakan, supplement yang ada di dalam botol ni tidak terdedah kepada haba atau suhu tinggi. Ini penting bagi menjaga kesegaran dan kualiti vitamin especially vitamin yang dalam bentul softgel.


Softgel vitamin sangat tidak boleh terdedah pada cahaya dan haba. Ia mesti disimpan pada suhu bilik supaya gel tidak mencair, mengembang dan pecah.


Bagi supplement yang dalam bentuk kaplet atau biji seperti ubatan, ia masih boleh diterima sebab ia takkan mencair, tapi dari segi kualiti ia mungkin akan sedikit berbeza daripada yang disimpan pada suhu bilik. 


Lagi satu, kaca sifat dia mudah pecah dan mudah dimasuki cahaya. Sangat lah berisiko untuk melakukan penghantaran kan? Kualiti vitamin juga boleh terjejas.


Anda dapat sesuatu harini? Dah faham kenapa botol vitamin Shaklee warna putih?


Banyak aspek sebenarnya kita perlu consider sebelum nak beli vitamin. Jadi, buatlah pilihan yang bijak. Pilihan di tangan anda 😊


~ Changing brand can change your life ~


Jom amalkan supplement Shaklee!


Whatsapp Ana untuk order Shaklee 😊
013 394 3209


Thursday, 1 March 2018

Promo Mac 2018 Beri Penjimatan Lebih RM 500!!


Wahhhhh jimat lebih RM 500 uols! Offer apa niii??? Kenapa best sangat ni?

Haaa ini lah Ana cerita ni. Bulan Mac ni Shaklee buat offer kebaboom for their 'new baby'. Actually not totally new pun sebab ia adalah hasil kajian selama 8 tahun yang penuh teliti.

Siapa si newborn tu? Tak lain tak bukan Cik Youth kita laaa. Harini ia officially launch di Malaysia. Selama ni kita asyik sebut-sebut je kan? Haa harini dia dah mai. Uols boleh laju-laju purchase melalui agen sah Shaklee di seluruh negara. Nak order direct dengan Ana punnn bolehhhh.

Untuk mereka yang belum kenal lagi siapa Cik Youth ni, meh Ana belanja gambar mereka yang exclusive tu. 




P/s : Tengok gambar pun dah rasa teruja kan? Belum lagi memilikinya 😘


Untuk pengetahuan uols, Cik Youth kita ni ada 5 saudara. Ibarat adik beradik la kan, hilang seketul dua pasti yang lain rasa tak lengkap. Cik Youth pun macam tu jugak. Sebab tu ia datang together gather. Mereka lebih serasi bersama gitu. Setakat ini ia dijual secara set. Belum lagi open untuk dibeli secara loose.

Nak tahu lebih lanjut tentang Cik Youth? Klik SINI.


Promo Mac 2018 Beri Penjimatan Lebih RM 500!!

Haa penjimatan apa yang banyak sangat tuuu?

Sempena pelancaran Cik Youth ini, Shaklee menawarkan penjimatan hebat buat uols iaitu :

1) FREE Radiance C & E yang bernilai RM 437.25

    Radiance ini mengandungi 20% vitamin C tulen 
    yang berpaten, vitamin E dan ekstrak sel raspberi 
    yang membantu untuk menegang, mencerah dan
    mengurangkan kedutan dan garis halus.

2) FREE Youth Bag yang bernilai RM 50.35

3) FREE Membership bernilai RM 68.90

4) FREE Postage sebanyak RM 10.60

5) CASH BACK berjumlah RM 48

Jumlah penjimatan keseluruhan adalah RM 567.10!


Banyak kan? Bagi Ana tersangatlah banyak dalam keadaan ekonomi sekarang ni 😅 Kalau tak grab haihhh memang rugi sangat-sangat!

Jika uols mahu cantik dengan cara yang selamat, Youth adalah pilihan yang TEPAT kerana ia terbukti secara klinikal bebas dari 2500 bahan kimia merbahaya.



Yang ada masalah allergik pun tak perlu nak risau kerana ia telah diformulasi sesuai untuk semua jenis kulit dan bahan yang digunakan pun 100% vegan 😘

Haa tunggu apa lagi? Jangan lengah-lengah! Stok makin menyusut ni.

Whatsapp Ana segeraaa untuk order Youth
013 394 3209

Tuesday, 27 February 2018

Rambut lebih cantik dengan Omega 3


Semua orang mahukan rambut yang cantik. Lebih lebih lagi kaum wanita. Kata orang rambut adalah mahkota setiap wanita.

Sesetengah orang tak perlu ada pun rutin penjagaan rambut. Tak buat apa pun dah cantik. Yang jenis beria jaga punyalah tak cantik cantik. Jadi lebih keras kejung gitu bila kerap sangat try test syampu di pasaran 😂

Nak tak cara simple untuk jaga rambut?

Mudah je. Kata pakar, amalkan pengambilan Omega 3 setiap hari! Omega 3 dapat membantu melembapkan rambut dan kulit kepala secara semula jadi.


Monday, 26 February 2018

7 Kriteria untuk pastikan soya yang anda minum selamat

7 KRITERIA MEMASTIKAN SOYA YANG ANDA MINUM SELAMAT ☑

1. Kacang soya tumbuh & membesar secara organik.
KACANG SOYA TIDAK ORGANIK menggunakan baja kimia dan racun pestisid. Ia mempunyai kandungan nitrat yang tinggi- membawa risiko KANSER!

2. Kacang soya  tu mestilah Non GMO (tak dihasilkan secara genetik)

Kacang soya GMO lebih murah untuk dihasilkan tetapi berisiko kepada kesihatan pengguna kerana ia menghasilkan TOKSIN dalam badan.

3.  Mengandungi 9 asid amino perlu.

Badan memerlukan kesemua 9 ni untuk menghasilkan hormon, antibodi, enzim. Kalau salah satu amino asid ini tak cukup, sistem imun badan akan terganggu 30% dan fungsi badan akan terganggu.

4. Dalam proses pembuatan soya isolate, soyflakes dibersihkan dgn air bukan dengan alcohol.

Isoflavone mengurangkan risiko kanser payudara, kanser rahim dan kanser prostate.  Isoflavones juga bermanfaat dlm penyeimbangan hormon dan menaikkan jisim tulang.

5. Bahan anti-tiroid disingkirkan.

Soya yang mentah mengandungi bahan "anti-growth", "anti-tyrosine". Kedua bahan ini menggangu fungsi tubuh dan meningkatkan risiko kanser.

6. Proses pembuatan soy protein tanpa pemanasan.

Asid amino sensitif terhadap suhu panas. Ada kajian menyatakan protein yang dimasak terlalu lama boleh merosakkan 50% amino asid amino.  Kekurangan acid amino dalam badan akan merenjatkan hormon, tisu badan serta mengganggu kesihatan kita.

7. Protein soya itu ditambah dgn unsur kalsium.

Kajian melaporkan bahawa serbuk soya sangat berasid dan boleh menyebabkan kerapuhan tulang. Unsur kalsium yang secukupnya mesti ditambah dalam soya protein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soya tu. Kebanyakan pengusaha protein tidak menambah cukup kalsium dalam produk soya yang mereka hasilkan.

Sunday, 25 February 2018

Ku seru nama Mu


Alhamdulillah. Baru je selesai mengurut en.huby. Katanya sakit urat. Ana pun try la urut sikit-sikit. Iskk rasa macam tak best pulak. Terus capai minyak untuk bagi licin sket. Haaa masa tu baru rasa dan boleh detect urat tu dah berketul-ketul. Bila diurut dekat urat yang berketul tu terus mengerang kesakitan la en.huby 😂

Sambil urut tiba-tiba Ana teringat input Seminar Asmaul Husna yang Ana pergi tahun lepas. Kata umi bila nak buat apa-apa kita mintak izin dulu dengan Allah dan kemudian kita serulah nama-nama Allah yang ada 99 nama tu.

Lepas dah mintak izin, Ana pun urut sambil baca Ya Latif dalam hati. Niat mintak Allah lembutkan urat yang tegang. Ana zikir juga sekali Ya Fattah. Mohon agar dibukakan mana-mana urat yang tersimpul dan mengandungi angin. Doa sekali mintak angin tu keluar dari tubuh en.huby.

Haa amik kau. Angin tu keluar 'melalui' Ana. Ana yang sendawa bagai nak rak. Adoii. Semput! Ana tengok En.huby makin lama makin relax plak macam tengah fefeeling layan urutan kat spa 😅

Alhamdulillah dari dulu lagi Ana boleh rasa angin tu ada kat mana. Kata ratu angin kan? Jadi tak semena-mena boleh jadi terer haha. Actually Ana belajar sket-sket dengan tukang urut dulu. Jadi sekarang dah boleh la nak urut sket-sket. Setakat nak 'kerjakan' angin tu insyaAllah Ana boleh tapi kalau bab betulkan urat Ana mintak ampun. Part tu Ana tak berani. Silap-silap makin tersimpul rapi jenuhhhhh nakkkkk haha.

Oh yaaa untuk bagi ketulan angin tu hilang, Ana tambah 'jampi' baca Ya Rasyid. Alhamdulillah memang cepat je ketulan tu hilang. Urat pun dah tak tegang lagi. Lega rasanya. Lega sebab ketulan angin tu dah takde dan Ana pun takde sendawa lagi dah. Penat tau sendawa non-stop. Dah la kalau Ana tengah angin Ana sendawa. Ni bila urut orang, Ana pulak 'tolong' sendawakan 😂

For certain people, istilah angin ni tak wujud. Kalau korang rasa tak relevan, pejam je mata bila baca part tu kiki. Ambil input lain je.

Bagi Ana cabang ilmu ni luas. Bak kata pepatah Arab ; Ilmu ini ibarat lautan yang luas. Walaupun kita dapat menyentuhnya, kita hanya berada di persisiran pantai.

Huishh panjang pulak taip harini. Actually nak share tentang Asmaul Husna tu je. Bila dah belajar rasa makin seronok nak doa apa-apa. Dannn hasilnya pun luar biasa bila kita seru nama Allah yang ada 99 tu 😘

Sampai sini sahaja. Nak rehat tubuh plak. Moga dapat tidur lena malam ni.

Saturday, 24 February 2018

Manfaat Purple Carrot



  

PURPLE CARROT.

Kalau mek ruhul tengok ni mesti dia tanya kenapa carrot ni warna purple. Dah boleh bayang endless soalan dia. So, tak mau tunjuk kat dia haha 😜

Carrot berwarna purple bukanlah carrot jenis baru malah bukan juga carrot yang diwarnakan hehe. Warna padanya melambangkan kandungan nutrisi di dalamnya. Khasiatnya yang ohsem itu menjadikan Purple Carrot ni salah satu bahan utama di dalam Vivix.

Kenapa Vivix guna purple carrot bukan orange carrot ??

Purple carrot mengandungi banyak nutrisi iaitu vitamin A & pythokimia termasuk carotenoid, phenolics, polyacetylenes, isocoumarins & sesquiterpenes.

Purple carrot juga mengandungi kepekatan anthocyanin yang tinggi iaitu 28x ganda lebih berbanding carrot biasa. Selain itu ia mempunyai 2x ganda tahap beta-karotena 😍

Hebat kan kuasa Allah ? Sungguh menakjubkan ciptaan Allah ini. Jadi lepas Ni boleh lah cari purple carrot pula.

Tapi Kalau Malas Nak Cari Kan, beli je Vivix. Minum sesudu sehari Anda boleh merasai Khasiat penuh purple carrot 😎

Whatsapp Ana untuk order 😘
013 394 3209

Friday, 23 February 2018

Keistimewaan Cinch Shake Shaklee




Bila ada yang merisik set kurus shaklee, Ana akan tanya berapa kilo yang dia nak lose. Kalau nak lose banyak, Ana akan suggest untuk go for Cinch Shake terus.

Kenapa Cinch Shake? Jom kita tengok apa keistimewaan Cinch Shake Shaklee ini.

🌺 KEISTIMEWAAN CINCH 🌺

🔸 Penuh khasiat dalam satu hidangan yang sedap macam pemanis mulut!
🔸 Diperkaya dengan Leucine untuk pelihara otot ketika anda kurangkan berat badan.
🔸 Mengandungi 24g protein dalam setiap hidangan agar anda rasa puas & kenyang.
🔸 Tinggi serat, 6 gram serat bagi setiap sajian.
🔸 Nilai Indeks Glisemik (G.I) yang rendah, untuk mengekalkan paras gula normal dalam darah & mengekalkan tenaga.
🔸 Memberi 35% atau lebih nilai harian bagi 21 jenis vitamin & mineral penting.
🔸 Genetik soya yang tidak diubahsuai (bukan GMO).
🔸 Tiada pemanis, perisa & pewarna tiruan.
🔸 Tubuh lebih solid dan tak menggeleber.


Ramai orang berdiet hanya fokus pada kalori. Bab nutrisi ramai abaikan. Nak diet diet juga tapi pastikan tubuh kita dapat zat yang secukupnya. Dan paling utama otot kita terpelihara semasa diet.

Kita just nak buang lemak yang tak perlu je. Jadi make sure otot tak hilang sekali agar bila anda dah stop berdiet, berat anda tidak naik mendadak.

The best diet adalah dengan protein. Perut kenyang lama, kurang rasa nak mengunyah dan paling penting tubuh tak menggeleber! 

Nak tahu cara diet yang betul? Roger Ana okay?

013 394 3209


Thursday, 22 February 2018

Lekuk jerawat menghilang dengan Youth




Teka teki teka tekuk,
Pakai apa sampai boleh hilang lekuk? :D



Ana close up sikit pic.
Nampak tak? Nampak tak?
Penangan Youth uolsss! 


Siapa sangka lekuk di wajah atau lebih popular dengan gelaran kawah bulan itu boleh menghilang! Fuhh hilang terus mimpi ngeri kalau hilang. Agak-agak lepas sebulan macam mana la agaknya? Surely makin flawless la punya!

Haihh ini yang buat Ana makin tak sabar nak berYouth juga. Jom korang! Kita pakat guna produk skincare yang bebas bahan kimia. Say No to produk timbang kilo.

Youth is You





Tawaran istimewa Shopee : Nikmati 18% Pulangan Wang Tunai Sempena Kempen Hari Gaji Shopee


Tawaran Istimewa Shopee : Nikmati 18% Pulangan Wang Tunai sempena Kempen Hari Gaji Shopee dari 26 hingga 28 Februari.


Dia buat hal lagi dahhh! Menggugat keimanan betul  kan kalau ada sale ni hehe. Tapi kalau tak rembat rugi pulak. Masa ni lah nak kaw-kaw berjimat!


Shopee, semua orang dah kenal. Ia sebuah platform e-Dagang yang tidak asing lagi di Asia Tenggara dan Taiwan. Platform ini direka khusus untuk rantau ini agar pengguna dapat membeli-belah dengan mudah, selamat dan cepat. Sokongan pembayaran dan logistiknya pun cukup kukuh. Sebab tu ia mendapat sambutan hangat!


Bertambah hangat adalah ketika hari penerimaan gaji. Aktiviti membeli-belah ketika ini didapati meningkat sewaktu makan tengah hari dan selepas makan malam iaitu antara pukul 12.00 tengah hari hingga pukul 1.00 tengah hari dan dari pukul 8.00 malam sehingga 10.00 malam. Kemain korang shopping ye! Hehe







Berikut merupakan kategori popular sepanjang tempoh penerimaan gaji :



Oleh kerana tahun lepas berlaku peningkatan sebanyak 25% dalam jumlah transaksi sepanjang tempoh penerimaan gaji dari tarikh 25 hingga 31 setiap bulan, pihak Shopee terdorong untuk melancarkan Kempen Hari Gaji.


Sepanjang Kempen Hari Gaji ini, pengguna Shopee boleh menikmati 


pelbagai tawaran hebat dan potongan harga

pulangan tunai sebanyak 18% berbentuk syiling Shopee atas produk promosi (setiap RM 1, pengguna akan mendapat 18 syiling Shopee yang memberikan lebih ganjaran dan penjimatan) 

Dua je ke offer? Ehhh takkk. Ada lagiiii! Untuk memulakan keraian sempena hari penerimaan gaji, Shopee melancarkan jualan pra-kempen bermula dari 21 Februari yang membariskan tawaran eksklusif daripada jenama terkemuka seperti Elianto, Pro Shop, Reckitt Benckiser dan banyak lagi.











Cukup? Ke tak cukup lagi? Nah Shopee siap gandakan lagi Jualan Murah Shocking Sale sebanyak 5 kali sehari ke atas pelbagai produk kegemaran anda pada harga yang tersangat rendah hingga kehabisan stok! Dah nama shocking sale jadi waktunya terhad. Kena lah cepat-cepat rebut ya!

Turut diadakan permainan Facebook Live : Edisi Hari Gaji pada 26 Februari pada pukul 2 petang yang membolehkan pengguna memenangi syiling Shopee dan hadiah utama berupa telefon bimbit Samsung Galaxy Note 8 bernilai RM 3999 😍

Bagi menambah lagi keriangan kali ini, pengguna juga boleh menyertai Jualan Lelong Mobil Hari Gaji di shopee_mamak pada aplikasi Shopee sepanjang kempen dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM 4000 termasuk sebuah Nubia M2 Lite, sebuah Oppo F5 dan sebuah Penyedut Hampagas Dyson. 

Wow! Semuanya best best! Jadi anda semua jangan lepaskan peluang ini! Cepat-cepat download secara percuma aplikasi Shopee menerusi App Store atau Google Play.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman Shopee : www.shopee.com.my






Wednesday, 21 February 2018

Protein bantu anjalkan dan tegangkan kulit






Teruja baca info ni..memang wajib konsisten amalkan protein ESP... Orang kata soya tak elok? Tu soya GMO sayang...

Soya ESP ni non GMO...dah 56 tahun berada di pasaran dunia... Alhamdulillah yang mengamalkannya takde pun dapat negative effect.. Banyak positive effects ada lah!

●  kulit makin licin dan gebu
●  kulit lebih cerah
●  tona kulit sekata
●  kulit moist, dah tak kering
●  kenyang lama
●  luka cepat sembuh
●  badan bertenaga
●  rahim kuat
●  flow period cantik, takde senggugut
●  takde gastrik dah
●  susu banyak dan pekat

Macam2 lagi la. Nak tau betul ke tak, anda amalkan lah. Apa yang Ana nyatakan Ana dah pernah rasa. Memang best dan puas hati =)

Ade sesiapa nak cuba ESP?

Mai roger Ana ye.
Sms/whatsApp 013 3943209


Tuesday, 20 February 2018

Selsema kering lepas makan omega guard




Anak bila selsema bukan dorang aje yang rimas. Mama pun rimas! Lebih-lebih lagi kalau hingus dah start meleleh. Iskk Ana memang pantang tengok.

Baru-baru ni mek Ruhul ni ada la sok sek sok sek hidung dia. Time dia tidur mama dia pulak tak tenteram. Bunyi macam tersumbat je.

Mama pun ape lagi. Terus ke dapur ambil air then kejut mek Ruhul bangun suruh dia telan Omega Guard terus. Fuhh nasib baik la omega ni memang favorite dia. So memang takde kerenah la. Mamai-mamai pun dia boleh layan kunyah. Padahal mama suruh telan je 😂

Settle telan senang je dia tidur balik. Mama as usual la. Kalau tahu anak tak sihat mana tidur sangat. Alhamdulillah pagi esok tu hingus mek Ruhul dah kering. Mujur dah kering. Kalau tak jenuh nak jawab soalan kenapa dia tu 😂

Dulu-dulu Ana hanya tahu vitamin c je yang bagus kalau kena selsema. Lepas buat research haritu baru Ana tahu yang Omega 3 juga sangat bagus untuk masalah selsema. Memang tak rungsing dah la sekarang ni. 

Terasa terlebih berbaloi pulak invest duit beli Omega Guard ni. Manfaatnya menyeluruh betul. 

Jom ibu-ibu. Kita kuatkan imunisasi anak dengan nutrisi. Pilihan Ana pastinya Omega Guard. Sambil sihatkan anak, anak pun boleh bertambah cerdik tau! 😘

Nak dapatkan Omega Guard?

Whatsapp Ana segera 013 394 3209


Monday, 19 February 2018

5 Manfaat Utama Sarapan Pagi




Adakah anda jenis yang suka sarapan lambat atau suka skip sarapan?

Kalau anda tahu 5 Manfaat Utama Sarapan Pagi ini, pasti lepas ni anda nak sarapan awal hari-hari 😊

Jom kita baca apa 5 Manfaat Utama Sarapan Pagi.


1. Berat badan turun dengan lebih mudah.

Menurut pakar, sarapan tidak boleh dilewatkan jika anda ingin menurunkan berat badan. Melewatkan sarapan bererti anda memperbesarkan portion makan siang anda.

Menurut American Journal of Epidemiology, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi adalah 4.5 kali lebih berkemungkinan mengalami obesiti.

Ini adalah kerana anda mungkin akan makan secara berlebihan untuk menggantikan sarapan pagi anda.

Jadi, pastikan anda mengambil sarapan sebelum memulakan aktiviti harian anda agar anda tidak makan mengikut nafsu apabila lapar.


2. Lebih fokus

Tahukah anda sarapan pagi mampu membuat fikiran kita lebih fokus, baik ketika kita sedang bekerja atau pun di sekolah.

Apabila kita tidak bersarapan, tubuh kita akan berasa lapar kerana kekurangan tenaga. Semakin berkurangan tenaga, semakin kurang daya tumpuan kita. Kita juga boleh menjadi lebih mudah mengantuk.


3. Lebih lawas

Satu penelitian yang dilakukan oleh John Hopkins University mendapati sarapan pagi dapat membantu pembuangan air besar menjadi lebih lancar. Syaratnya, anda mesti bersarapan sebelum pukul 9 pagi.


4. Hindari gastrik

Sarapan pagi sangat membantu untuk mencegah gastrik especially mereka yang telah lama mengidap gastrik.

Sarapan pagi akan membuat perut anda dipenuhi makanan








Sunday, 18 February 2018

7 tanda awal kehamilan


Tak sabar!

Expecting!

Jika anda sedang merancang untuk hamil, ini lah yang anda akan rasa hehe. Biasa kalau period lambat datang itu lah petanda yang paling obvious. Tapi nak tunggu next period tu macam lama lagi je. Ada tak petanda lain yang boleh kita tahu?

Hee for sure ada! Jom kita lihat 7 tanda awal kehamilan.

1. Loya

Loya adalah tanda awal kehamilan yang boleh dikatakan sangat klasik! Hampir 75% wanita berasa loya di awal kehamilan terutamanya pada waktu pagi.


2. Ketidakselesaan pada perut

Di awal kehamilan, sesetengah wanita berasa kembung, senak dan juga sembelit. Ada juga yang asyik sendawa dan terkentut. Ketidakselesaan ini terjadi disebabkan perubahan hormon yang mengakibatkan sistem pencernaan kita terjejas.


3. Kerap kencing

Kejap-kejap rasa nak terkencing. Haishh mesti rasa pelik dan tak selesa kan? Menurut Baby Center, sebaik sahaja anda hamil, perubahan hormon menyebabkan lebih banyak darah dihasilkan.

Ketika ini buah pinggang terpaksa bekerja lebih keras untuk menapis darah dan menyebabkan pundi kencing anda sentiasa penuh.


4. Payudara terasa berat, padat dan sensitif

Perubahan hormon ketika hamil turut memberi kesan kepada payudara. Salur darah dalam payudara mula menegang dan membesar. Ketika ini payudara anda mungkin akan berasa sakit, berdenyut-denyut dan sensitif. Bukan itu sahaja tau, payudara anda juga akan terasa lebih padat dan berat.

Waktu ini hormon dah bagi signal pada tubuh supaya bersedia dalam tempoh 40 minggu. Pastikan anda memakai bra yang selesa kerana payudara anda akan semakin membesar sejajar dengan peningkatan usia kehamilan.


5. Keletihan yang melampau

Ini bukan letih yang biasa-biasa tau tapi luar biasa. Jika anda rasa penat melampau padahal anda langsung takde buat apa-apa kerja berat, ia boleh jadi petanda anda sudah pun hamil.

Peningkatan hormon progesteron di awal kehamilan boleh menyebabkan anda berasa mengantuk dan letih. 


6. Alah terhadap makanan

Alahan terhadap makanan ini berbeza pada setiap individu. Ada yang mengalami pada trimester pertama sahaja. Namun ada juga yang mengalami sepanjang tempoh kehamilan sehinggalah bayi lahir.


7. Mood swing

Tiba-tiba rasa sensitif semacam, cepat touching, rasa nak marah dan pelbagai rasa yang sukar digambarkan juga adalah salah satu petanda hamil.

Perubahan hormon bukan sekadar beri kesan pada fizikal, malah juga kepada mental. Emosi menjadi tidak stabil kerana paras hormon telah menjejaskan bahagian neurotransmitter pada otak. 





Saturday, 17 February 2018

4 bahan utama dalam Vivix Shaklee

Menurut kajian professor Havard, resveratrol kalau digabung dengan polifenol akan menjadi 10x ganda lebih berkesan dan POWER!

Jom tengok 4 bahan utama dalam Vivix :

1. Anggur Muscadine

👍menghentikan bahan kimia yang menjadi faktor kanser, anti-virus & bakteria
👍anggur & bijinya adalah sumber terbaik antioksidan & mempunyai ciri anti radang
👍40x ganda lebih polifenol yang terbukti berfaedah bagi kesihatan kardiovaskular, menurunkan tahap gula dalam darah & melambatkan pross penuaan

2. Elderberi Eropah

👍mencegah kanser
👍 meningkatkan imunisasi
👍menurunkan kadar kolestrol untuk mencegah penyakit jantung
👍mengatasi & merawat diabetes
👍meningkatkan kesihatan jantung & ginjal

3. Lobak ungu

👍sumber terbaik Vitamin A
👍 mengurangkan risiko penyakit diabetes

4. Polygonum Cuspidatum

👍sumber resveratrol
👍 melewatkan proses penuaan
👍merendahkan kolestrol
👍 merendahkan tekanan darah
👍memperbaiki prestasi atlet & mengurangkan berat badan

Friday, 16 February 2018

Kempen Wang Bersama Shopee





Dulu-dulu tak ambil kisah pun bila orang cerita tentang promosi atas talian ni. Bila dah terjebak haaa ambik kau rasa rugi pula tak join the club. Seriously jimat banyak weh! Now Shopee tengah buat satu kempen iaitu 'Kempen Wang Bersama Shopee' lagi laaaa jimat berganda!

Apa yang menarik tentang 'Kempen Wang Bersama Shopee' ini?

● Kempen ini diadakan sempena Tahun Baru Cina.

● Kempen ini menawarkan diskaun hebat sehingga 90% tau! 

● Pelbagai hadiah kemenangan berjumlah lebih RM 1 juta ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang membeli belah di Shopee sempena membuat persediaan menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

● Kempen ini diadakan selama 6 minggu bermula dari 25 Januari dan bakal berakhir 25 Februari (masih sempat nak shopping lagi uolss!)


Sempena perayaan Tahun Baru Cina ini Shopee, platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan ini telah menyaksikan peningkatan sebanyak 32% dalam jumlah carian produk di kalangan rakyat Malaysia. 

Antara carian paling popular sempena Tahun Baru Cina 2018 ini adalah kategori :

● Pakaian Wanita
● Mobil dan Gajet
● Permainan, Kanak-Kanak dan Bayi
● Kasut Wanita
● Beg Wanita







Jom nikmati potongan harga dan promosi hebat atas pelbagai produk sempena Kempen Wang Bersama Shopee yang akan berlanjutan sehingga 25 Februari ini! 

Dannnn ada lagi satu kempen yang Shopee akan lancarkan iaitu Kempen Hari Gaji daripada 26 hingga 28 Februari nanti. Korang wajib grab tau! 

Bagi yang belum ada aplikasi Shopee cepat-cepat lah download aplikasi ini secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play ya! Boleh jimat banyak tau membeli belah di Shopee 😘

Thursday, 15 February 2018

7 tanda anak ada masalah cacing


Mengantuknya lahai. Harini rumah Ana menerima kunjungan 2 buah keluarga. Satu keluarga kakak ipar. Satu lagi sahabat en.huby. Seriously penat sebab masa duduk dekat ceruk Tumpat dulu memang takde sape yang menyinggah. Rumah hujung dunia sangat kannn. Laa ni dah duduk tengah-tengah. Memang orang pakat datang singgah la 😂

Bila dah masuk kategori mak mak ni, perihal anak pasti tak lekang. Kata kawan Ana tu anak dia ada satu masalah iaitu kuat sangat sangat tidur.

Terus Ana teringat tentang simptom anak ada masalah cacing iaitu keletihan yang melampau. Anak-anak kita ni bukan setakat sampai masuk tadika je kena bagi ubat cacing. Dah besar terlajak macam kita pun elok ambil ubat cacing sama ada setahun sekali atau dua kali setahun.

Jom tengok 7 tanda anak ada masalah cacing. Mana lah tahu selama ni kita ada terlepas pandang. Bila dah tahu boleh la kita ikhtiar beri ubat cacing kan?


7 tanda anak ada masalah cacing :

1) Kegatalan pada dubur.

2) Cirit birit/ najis tidak normal

3) Mudah jatuh sakit.

4) Keletihan yang luar biasa

5) Mengetap gigi ketika tidur malam.

6) Berat badan menurun walaupun selera makan tak terjejas.

7) Anak sakit perut.


Haaa..ada tak anak anda ada tanda yang Ana senaraikan? Jika ada dapatkan konsultasi dan pemeriksaan daripada doktor.

Masalah cacing ni tak boleh dipandang remeh tau. Jika dibiarkan ia terus berlarutan, dikhuatiri boleh menyebabkan anemia, kerosakan otak dan usus. Nauzubillah la ye.