Pages

Sunday 25 February 2018

Ku seru nama Mu


Alhamdulillah. Baru je selesai mengurut en.huby. Katanya sakit urat. Ana pun try la urut sikit-sikit. Iskk rasa macam tak best pulak. Terus capai minyak untuk bagi licin sket. Haaa masa tu baru rasa dan boleh detect urat tu dah berketul-ketul. Bila diurut dekat urat yang berketul tu terus mengerang kesakitan la en.huby 😂

Sambil urut tiba-tiba Ana teringat input Seminar Asmaul Husna yang Ana pergi tahun lepas. Kata umi bila nak buat apa-apa kita mintak izin dulu dengan Allah dan kemudian kita serulah nama-nama Allah yang ada 99 nama tu.

Lepas dah mintak izin, Ana pun urut sambil baca Ya Latif dalam hati. Niat mintak Allah lembutkan urat yang tegang. Ana zikir juga sekali Ya Fattah. Mohon agar dibukakan mana-mana urat yang tersimpul dan mengandungi angin. Doa sekali mintak angin tu keluar dari tubuh en.huby.

Haa amik kau. Angin tu keluar 'melalui' Ana. Ana yang sendawa bagai nak rak. Adoii. Semput! Ana tengok En.huby makin lama makin relax plak macam tengah fefeeling layan urutan kat spa 😅

Alhamdulillah dari dulu lagi Ana boleh rasa angin tu ada kat mana. Kata ratu angin kan? Jadi tak semena-mena boleh jadi terer haha. Actually Ana belajar sket-sket dengan tukang urut dulu. Jadi sekarang dah boleh la nak urut sket-sket. Setakat nak 'kerjakan' angin tu insyaAllah Ana boleh tapi kalau bab betulkan urat Ana mintak ampun. Part tu Ana tak berani. Silap-silap makin tersimpul rapi jenuhhhhh nakkkkk haha.

Oh yaaa untuk bagi ketulan angin tu hilang, Ana tambah 'jampi' baca Ya Rasyid. Alhamdulillah memang cepat je ketulan tu hilang. Urat pun dah tak tegang lagi. Lega rasanya. Lega sebab ketulan angin tu dah takde dan Ana pun takde sendawa lagi dah. Penat tau sendawa non-stop. Dah la kalau Ana tengah angin Ana sendawa. Ni bila urut orang, Ana pulak 'tolong' sendawakan 😂

For certain people, istilah angin ni tak wujud. Kalau korang rasa tak relevan, pejam je mata bila baca part tu kiki. Ambil input lain je.

Bagi Ana cabang ilmu ni luas. Bak kata pepatah Arab ; Ilmu ini ibarat lautan yang luas. Walaupun kita dapat menyentuhnya, kita hanya berada di persisiran pantai.

Huishh panjang pulak taip harini. Actually nak share tentang Asmaul Husna tu je. Bila dah belajar rasa makin seronok nak doa apa-apa. Dannn hasilnya pun luar biasa bila kita seru nama Allah yang ada 99 tu 😘

Sampai sini sahaja. Nak rehat tubuh plak. Moga dapat tidur lena malam ni.

No comments:

Post a Comment