Monday, 19 February 2018
5 Manfaat Utama Sarapan Pagi
Adakah anda jenis yang suka sarapan lambat atau suka skip sarapan?
Kalau anda tahu 5 Manfaat Utama Sarapan Pagi ini, pasti lepas ni anda nak sarapan awal hari-hari 😊
Jom kita baca apa 5 Manfaat Utama Sarapan Pagi.
1. Berat badan turun dengan lebih mudah.
Menurut pakar, sarapan tidak boleh dilewatkan jika anda ingin menurunkan berat badan. Melewatkan sarapan bererti anda memperbesarkan portion makan siang anda.
Menurut American Journal of Epidemiology, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi adalah 4.5 kali lebih berkemungkinan mengalami obesiti.
Ini adalah kerana anda mungkin akan makan secara berlebihan untuk menggantikan sarapan pagi anda.
Jadi, pastikan anda mengambil sarapan sebelum memulakan aktiviti harian anda agar anda tidak makan mengikut nafsu apabila lapar.
2. Lebih fokus
Tahukah anda sarapan pagi mampu membuat fikiran kita lebih fokus, baik ketika kita sedang bekerja atau pun di sekolah.
Apabila kita tidak bersarapan, tubuh kita akan berasa lapar kerana kekurangan tenaga. Semakin berkurangan tenaga, semakin kurang daya tumpuan kita. Kita juga boleh menjadi lebih mudah mengantuk.
3. Lebih lawas
Satu penelitian yang dilakukan oleh John Hopkins University mendapati sarapan pagi dapat membantu pembuangan air besar menjadi lebih lancar. Syaratnya, anda mesti bersarapan sebelum pukul 9 pagi.
4. Hindari gastrik
Sarapan pagi sangat membantu untuk mencegah gastrik especially mereka yang telah lama mengidap gastrik.
Sarapan pagi akan membuat perut anda dipenuhi makanan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment