Thursday, 15 February 2018
7 tanda anak ada masalah cacing
Mengantuknya lahai. Harini rumah Ana menerima kunjungan 2 buah keluarga. Satu keluarga kakak ipar. Satu lagi sahabat en.huby. Seriously penat sebab masa duduk dekat ceruk Tumpat dulu memang takde sape yang menyinggah. Rumah hujung dunia sangat kannn. Laa ni dah duduk tengah-tengah. Memang orang pakat datang singgah la 😂
Bila dah masuk kategori mak mak ni, perihal anak pasti tak lekang. Kata kawan Ana tu anak dia ada satu masalah iaitu kuat sangat sangat tidur.
Terus Ana teringat tentang simptom anak ada masalah cacing iaitu keletihan yang melampau. Anak-anak kita ni bukan setakat sampai masuk tadika je kena bagi ubat cacing. Dah besar terlajak macam kita pun elok ambil ubat cacing sama ada setahun sekali atau dua kali setahun.
Jom tengok 7 tanda anak ada masalah cacing. Mana lah tahu selama ni kita ada terlepas pandang. Bila dah tahu boleh la kita ikhtiar beri ubat cacing kan?
7 tanda anak ada masalah cacing :
1) Kegatalan pada dubur.
2) Cirit birit/ najis tidak normal
3) Mudah jatuh sakit.
4) Keletihan yang luar biasa
5) Mengetap gigi ketika tidur malam.
6) Berat badan menurun walaupun selera makan tak terjejas.
7) Anak sakit perut.
Haaa..ada tak anak anda ada tanda yang Ana senaraikan? Jika ada dapatkan konsultasi dan pemeriksaan daripada doktor.
Masalah cacing ni tak boleh dipandang remeh tau. Jika dibiarkan ia terus berlarutan, dikhuatiri boleh menyebabkan anemia, kerosakan otak dan usus. Nauzubillah la ye.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment