Pages

Sunday, 18 February 2018

7 tanda awal kehamilan


Tak sabar!

Expecting!

Jika anda sedang merancang untuk hamil, ini lah yang anda akan rasa hehe. Biasa kalau period lambat datang itu lah petanda yang paling obvious. Tapi nak tunggu next period tu macam lama lagi je. Ada tak petanda lain yang boleh kita tahu?

Hee for sure ada! Jom kita lihat 7 tanda awal kehamilan.

1. Loya

Loya adalah tanda awal kehamilan yang boleh dikatakan sangat klasik! Hampir 75% wanita berasa loya di awal kehamilan terutamanya pada waktu pagi.


2. Ketidakselesaan pada perut

Di awal kehamilan, sesetengah wanita berasa kembung, senak dan juga sembelit. Ada juga yang asyik sendawa dan terkentut. Ketidakselesaan ini terjadi disebabkan perubahan hormon yang mengakibatkan sistem pencernaan kita terjejas.


3. Kerap kencing

Kejap-kejap rasa nak terkencing. Haishh mesti rasa pelik dan tak selesa kan? Menurut Baby Center, sebaik sahaja anda hamil, perubahan hormon menyebabkan lebih banyak darah dihasilkan.

Ketika ini buah pinggang terpaksa bekerja lebih keras untuk menapis darah dan menyebabkan pundi kencing anda sentiasa penuh.


4. Payudara terasa berat, padat dan sensitif

Perubahan hormon ketika hamil turut memberi kesan kepada payudara. Salur darah dalam payudara mula menegang dan membesar. Ketika ini payudara anda mungkin akan berasa sakit, berdenyut-denyut dan sensitif. Bukan itu sahaja tau, payudara anda juga akan terasa lebih padat dan berat.

Waktu ini hormon dah bagi signal pada tubuh supaya bersedia dalam tempoh 40 minggu. Pastikan anda memakai bra yang selesa kerana payudara anda akan semakin membesar sejajar dengan peningkatan usia kehamilan.


5. Keletihan yang melampau

Ini bukan letih yang biasa-biasa tau tapi luar biasa. Jika anda rasa penat melampau padahal anda langsung takde buat apa-apa kerja berat, ia boleh jadi petanda anda sudah pun hamil.

Peningkatan hormon progesteron di awal kehamilan boleh menyebabkan anda berasa mengantuk dan letih. 


6. Alah terhadap makanan

Alahan terhadap makanan ini berbeza pada setiap individu. Ada yang mengalami pada trimester pertama sahaja. Namun ada juga yang mengalami sepanjang tempoh kehamilan sehinggalah bayi lahir.


7. Mood swing

Tiba-tiba rasa sensitif semacam, cepat touching, rasa nak marah dan pelbagai rasa yang sukar digambarkan juga adalah salah satu petanda hamil.

Perubahan hormon bukan sekadar beri kesan pada fizikal, malah juga kepada mental. Emosi menjadi tidak stabil kerana paras hormon telah menjejaskan bahagian neurotransmitter pada otak. 





No comments:

Post a Comment