Pages

Thursday 22 February 2018

Tawaran istimewa Shopee : Nikmati 18% Pulangan Wang Tunai Sempena Kempen Hari Gaji Shopee


Tawaran Istimewa Shopee : Nikmati 18% Pulangan Wang Tunai sempena Kempen Hari Gaji Shopee dari 26 hingga 28 Februari.


Dia buat hal lagi dahhh! Menggugat keimanan betul  kan kalau ada sale ni hehe. Tapi kalau tak rembat rugi pulak. Masa ni lah nak kaw-kaw berjimat!


Shopee, semua orang dah kenal. Ia sebuah platform e-Dagang yang tidak asing lagi di Asia Tenggara dan Taiwan. Platform ini direka khusus untuk rantau ini agar pengguna dapat membeli-belah dengan mudah, selamat dan cepat. Sokongan pembayaran dan logistiknya pun cukup kukuh. Sebab tu ia mendapat sambutan hangat!


Bertambah hangat adalah ketika hari penerimaan gaji. Aktiviti membeli-belah ketika ini didapati meningkat sewaktu makan tengah hari dan selepas makan malam iaitu antara pukul 12.00 tengah hari hingga pukul 1.00 tengah hari dan dari pukul 8.00 malam sehingga 10.00 malam. Kemain korang shopping ye! Hehe







Berikut merupakan kategori popular sepanjang tempoh penerimaan gaji :



Oleh kerana tahun lepas berlaku peningkatan sebanyak 25% dalam jumlah transaksi sepanjang tempoh penerimaan gaji dari tarikh 25 hingga 31 setiap bulan, pihak Shopee terdorong untuk melancarkan Kempen Hari Gaji.


Sepanjang Kempen Hari Gaji ini, pengguna Shopee boleh menikmati 


pelbagai tawaran hebat dan potongan harga

pulangan tunai sebanyak 18% berbentuk syiling Shopee atas produk promosi (setiap RM 1, pengguna akan mendapat 18 syiling Shopee yang memberikan lebih ganjaran dan penjimatan) 

Dua je ke offer? Ehhh takkk. Ada lagiiii! Untuk memulakan keraian sempena hari penerimaan gaji, Shopee melancarkan jualan pra-kempen bermula dari 21 Februari yang membariskan tawaran eksklusif daripada jenama terkemuka seperti Elianto, Pro Shop, Reckitt Benckiser dan banyak lagi.











Cukup? Ke tak cukup lagi? Nah Shopee siap gandakan lagi Jualan Murah Shocking Sale sebanyak 5 kali sehari ke atas pelbagai produk kegemaran anda pada harga yang tersangat rendah hingga kehabisan stok! Dah nama shocking sale jadi waktunya terhad. Kena lah cepat-cepat rebut ya!

Turut diadakan permainan Facebook Live : Edisi Hari Gaji pada 26 Februari pada pukul 2 petang yang membolehkan pengguna memenangi syiling Shopee dan hadiah utama berupa telefon bimbit Samsung Galaxy Note 8 bernilai RM 3999 😍

Bagi menambah lagi keriangan kali ini, pengguna juga boleh menyertai Jualan Lelong Mobil Hari Gaji di shopee_mamak pada aplikasi Shopee sepanjang kempen dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM 4000 termasuk sebuah Nubia M2 Lite, sebuah Oppo F5 dan sebuah Penyedut Hampagas Dyson. 

Wow! Semuanya best best! Jadi anda semua jangan lepaskan peluang ini! Cepat-cepat download secara percuma aplikasi Shopee menerusi App Store atau Google Play.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman Shopee : www.shopee.com.my






No comments:

Post a Comment