Pages

Sunday, 21 January 2018

Anak jatuh tersembam. Apa perlu buat?


Harini mama berhuhu. Anak dara sorang ni entah macam mana boleh tersembam di sekolahnya. Bertelur teruih dahinya. Boleh tahan besar jugak la benjolannya. 


Kata cikgu, cikgunya tengah solat masa tu. Truly, Ana tak salahkan cikgu pun. Mek ruhul ni memang macam ni. Kalau jatuh pasti akan adalah luka ke, lebam ke, benjol ke 😂 Cuma kali ni 'hasil' paling besar sekali.


Balik dari sekolah Ana terus beli ais di kedai dan tuam dahinya. Sampai tertidur mek ruhul kena tuam. Nampaklah surut sikit. Then Ana call nenek sedara. Dia suruh tepek garam yang ditumbuk menjadi halus. Garam tu letak air sket untuk bagi lekat.


Lepas maghrib Ana sambung lagi proses demah dahi dia dengan ais. Kali ni nampak la makin ketara surutnya.


Advice dari doktor dan kawan-kawan Ana, dorang suruh monitor keadaan anak. Dalam tempoh 24 jam, sekiranya anak tidak aktif, muntah-muntah, pening-pening, segeralah ke klinik untuk buat pemeriksaan. Takut ada masalah dalaman yang kita tak tahu.


Alhamdulillah setakat ni mek ruhul aktif macam biasa. Benjol-benjol pun masih gigih nak study 😅 Hopefully semua baik-baik aje. Mula-mula rasa sedih juga. Tapi hati rasa lega sket bila en.huby balik malam ni. Penangan PJJ, makin hati tisu mama dia yang memang ratu air mata sejak azali hehe.


Siapa tak sayang anak kan? Tara nak besar ni itu lah rencah yang kena kita mak mak ni hadapi. Maka bertabahlah wahai hati! Moga kita semua dalam lindungan Allah 😊

No comments:

Post a Comment