Pages

Friday, 26 January 2018

Tempat bersantai menarik hujung minggu di gua musang

Al kisah Ana baru berpindah rumah hujung Disember tahun lepas. Ini semua gara-gara en.huby bertukar sekolah. Masuk pedalaman pulak tu. Memang idok la Ana nak ikut 😂

Setelah selesai pelbagai urusan baru Ana boleh fikir hal lain. Time tu baru terfikir OMG! Mana nak santai hujung minggu ni? Huaaa tak kan nak mengadap gua je! Part ni Ana tak tipu ye. Kalau bukak pintu rumah Ana memang terus nampak gua tau 😅

Since last week en.huby tak balik rumah sebab ada kerja yang perlu diselesaikan, Ana pun bawa lah mek ruhul ke rumah tok sedara di Gua Musang ni. Masa ni mak jang aka mak sedara en.huby ada. Bila dia tengok muka mek ruhul tak berapa ceria, terus diajak mek ruhul ke satu tempat.

Tempat tersebut adalah taraaaaaa - Taman Mini Air Etnobotani KESEDAR. Betul-betul tepi jalan on the way nak ke KL. Selama ni lalu tak pernah tahu pun ada pool best dekat situ hihi.





Haaa heaven kan? Siap ada tempat main lagi dalam pool. Mau mek ruhul tak teruja! Harga per entry pun tersangattt lah murah. Untuk kanak-kanak RM 3 seorang, manakala dewasa RM 5 seorang.

Dekat sini ada 3 kolam tau. Satu yang ada tempat main macam gambar di atas, satu lagi kolam baby ( memang cetek je) dan satu lagi kolam dewasa.








        Kolam dewasa.
Psst : Ni bukan setakat anak je happy. Bapaknya pun happy jugak hihi





        Bonding time dengan baba tersayang 😘





     Tengok lah muka tu..kemain happy..padahal dah sejuk terketar-ketar dah tu 😅





  Second time pergi dah berani nak main semua ni.





  Inilah kolam untuk budak kecik dalam lingkungan 3 tahun ke bawah. Sebelah kolam tu tandas dan tempat persalinan baju. (Gambar ni ditangkap dari pondok kami duduk. Lupa plak nak snap pic 😅)


Alhamdulillah thanks tu mak jang. Disebabkan dia lah Ana discover satu tempat menarik untuk mek ruhul bersantai di hujung minggu. Ingatkan dah tak boleh ke mana hujung minggu. Rupanya ada. Kalau takde tempat menarik, ke Cameron lah kita jawabnya kiki.

Psstt korang, kalau lalu Gua Musang, singgah lah Taman Etnobotani ni. Anak-anak sure happy. Waktu operasinya bermula dari jam 10 pagi hingga 7 petang. Sekitar tempat tu pun ada banyak lagi aktiviti yang korang boleh buat. Ada taman permainan, SPA. Yang kaki jogging pun boleh ber jogging sambil tunggu ahli keluarga yang lain bergumbira dekat kolam hehe.


Sekian coretan aktiviti hujung minggu. Korang yang duduk gua musang tu kalau ada port lepak atau tempat makan yang best2, share la dengan Ana ye di ruang komen ye 😊



No comments:

Post a Comment