Pages

Tuesday 16 January 2018

Kulit kering punca kulit berminyak


Kulit antara masalah hidup yang selalu membelenggu hidup wanita 😅 Setuju tak? Selain masalah jerawat, jeragat, sunburn dan parut jerawat, kulit kering dan berminyak juga boleh buat kaum wanita menjadi moody.


Mana laaa tak moody, dah make up cantik-cantik tak lama lepas tu bercapuk dan sememeh. Kalau tak nampak menggelupas, pasti over bersinar disebabkan muka jadi terlampau berminyak 😂 Biasa kan jadi macam ni?


Tahukah anda, kulit kering punca kulit berminyak? Bagaimana ia boleh terjadi? Macam pelik je kan?


Bila kulit muka kita kering, ia akan menarik kelembapan dalaman. Kesan daripada itu penghasilan minyak akan menjadi lebih tinggi. Jadi, apakah cara untuk atasi masalah kulit kering ni?


Antara tips yang anda boleh amalkan adalah :

1. Perbanyakkan minum air putih.

2. Kurangkan pengambilan kafein.

3. Amalkan pemakanan yang sihat.

    Pengambilan sayuran dan buah-buahan dapat 
    membantu membekalkan nutrisi dari dalam. 

4. Rajin-rajin lakukan senaman.

    50% penderita kulit kering jarang melakukan 
    senaman. Senaman dapat membantu anda 
    mengeluarkan peluh. Secara tidak langsung ia dapat 
    melembapkan kulit secara semulajadi.

5. Berhenti merokok dan hindari asap rokok.

    Kajian daripada Harvard University membuktikan 
    bahawa asap rokok dapat mencuri kelembapan kulit 
    dan menyebabkan kulit menjadi kering, kusam dan 
    pecah-pecah.

6. Amalkan supplement seperti Vitamin C , E, Gla 
    Complex dan Omega Guard agar kulit kekal lembap 
    dari dalam.

7. Hindari sabun atau bahan pencuci yang mempunyai 
    pewangi, pengawet, pewarna dan alkohol.


Jom amalkan 7 tips yang simple ini. InsyaAllah kulit akan jadi cantik. Jerawat pun segan nak singgah tau! 😉





No comments:

Post a Comment