Sunday, 28 January 2018
7 Manfaat Si Ungu Lavender
Lavender. Asal si bunga ungu ini dari Perancis. Di kalangan orang Roma, mereka memanggilnya lavere yang memberi maksud kesegaran.
Aromanya yang sangat harum, lembut dan menyegarkan itu telah menambat hati ramai pengasas produk untuk menggunakannya dalam penghasilan produk mereka.
Jika dahulu ia digunakan sebagai minyak wangi dan aroma terapi, kini dalam sabun, syampu dan produk penjagaan kulit turut menggunakannya.
Sungguh Ana tak sangka di sebalik sensasinya yang menenangkan, ia mempunyai pelbagai manfaat menarik di mana jika anda tahu pasti anda akan jatuh cinta 😍 Patut lah ramai pengasas produk gunakannya!
Jom ketahui 7 manfaat si ungu Lavender!
1. Mengatasi masalah insomnia.
Insomnia adalah satu gejala sukar untuk tidur. Jangan tak tahu ada sesetengah orang terpaksa bergantung pada ubat gara-gara tak boleh tidur.
Hasil daripada banyak penelitian yang dijalankan, Lavender didapati mempunyai kandungan zat yang dapat meningkatkan kualiti tidur.
Jadi, bagi anda yang sukar tidur boleh la menggunakan aroma terapi atau produk yang berasaskan Lavender sebagai alternatif mengatasi masalah insomnia.
Penggunaan ubat secara berterusan untuk suatu tempoh yang lama ni tak elok tau.
2. Manfaat untuk kulit.
Lavender mempunyai zat antiseptik dan anti bakteria yang dapat melawan kuman yang menjadi punca jerawat serta dapat mengurangi pembengkakannya.
Keistimewaannya ini menjadikan ia digunakan sebagai toner, rawatan penuaan dan penyembuhan jerawat.
Selain itu, ia juga digunakan sebagai ubat untuk merawat ekzema dengan melembapkan kulit dan mengurangkan kegatalan.
Aroma lavender turut membantu melancarkan peredaran darah. Apabila darah bergerak lancar, oksigen dan nutrisi yang secukupnya dapat dibawa kepada sel di dalam kulit. Hal ini dapat membantu proses penggantian kulit.
3. Menghindar gigitan nyamuk.
Wahh berita baik ni. Mak mak pasti suka! Aroma yang ditimbulkan dipercayai mampu mengusir nyamuk secara semula jadi.
Alhamdulillah Shaklee Baby dah masuk pasaran Malaysia. Salah satu bahan utama dalam Shaklee Baby adalah Lavender. Boleh la sapu pada anak-anak sebelum tidur. Kaļau tak asyik bising je kena gigit nyamuk.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment