Gambar ihsan google
New greeting! Isk tau tau je kita baru pindah sini. Konon-konon nak meet and greet lettew! 😂
Korang kenal tak this 'kiddo'. Fuhh bunyinya boleh tahan bising. For the first timer yang dengar macam Ana ni surely will feel insecure. Tambah dengan saiznya yang agak besar dan boleh terbang-terbang, memang menjerit menangis la mek ruhul bila nampak.
Since Ana memang tak pernah tahu pasal dia, risau jugak la kot bahaya ke apa. So Ana masukkan balik mek ruhul dalam kereta and then slowly pergi bukak pintu rumah sambil zikir Ya Hafiz Ya Muhaimin.
Tergerak hati nak switch off lampu luar. Alhamdulillah tiga ekor binatang ni terus senyap dan tak berterbangan lagi. So bila keadaan dah kembali tenang cepat-cepat Ana dukung mek ruhul bawa masuk rumah. Alhamdulillah binatang tu stay outside tak ikut masuk. Lega Ana!
Bila masuk dalam rumah Ana terus capai handphone dan google. Main search and save image. Lepas tu laju whatsapp jiran tanya kiki. Jiran kata riang riang tu Ana. Tak bahaya pun hihi.
Ana main agak je search tu. Search pun guna keyword binatang terbang bunyi bising 😜 Terus keluar gambar cik riang riang.
Hasil carian google, riang riang ni adalah sejenis serangga dalam family Cicadidea. Matanya besar dan mempunyai sayap lutsinar. Bunyi bising itu terhasil dari gesekan di bawah sayap lutsinarnya.
Tujuan dia buat bunyi bising itu sebenarnya adalah cara untuk memikat pasangannya. Fuhh kemain eh dia menggesek. Yang buat bunyi bising tu of course la si riang riang jantan 😅
Hayat riang riang ni tak lama pun. Selepas ia mengawan dan bertelur, ia akan mati. Biasanya riang riang ini akan bertelur di atas pokok. Apabila telur-telurnya menetas, nimfa-nimfanya akan bergerak ke dalam tanah untuk satu tempoh yang lama. Apabila cukup tempohnya, ia akan keluar menjadi riang riang.
Kata orang riang riang ini berbunyi menandakan musim kemarau akan tiba. Betul ke? Kalau betul kena be prepared la. Sekarang ni pun mek ruhul dah demam. Kena la tingkatkan antibodi dan standby Performance Drink siap-siap.
P/s : Truly we both tak riang pun dengan riang riang ni especially bila dia dah start terbang haha. Scary tau!
No comments:
Post a Comment